Thursday 27 June 2013

Introduksi Kami



@DepressArt ditubuhkan pada bulan March 2013 dan pada bulan May 2013 telah bergabung dengan @AsonansiHati untuk membentuk satu kolektif.

Hasilnya, sejak pergabungan ini kami mula dikenali menerusi "Pesta Puisi" yang kami lakukkan setiap malam dengan tema-tema tertentu ataupun bebas dengan menjemput sesiapa yang sudi untuk berpuisi bersama kami.

Tujuan kami mudah - Menjadi  dan menyediakan platform bagi pemuisi, pelukis serta segala bentuk seni untuk diketengahkan didalam zine, buku mahupun acara yang akan dilakukan. (didalam perancangan masa depan). Kami tidak lakukan semua ini demi nama atau kemahsyuran... kerna kami ini NPO (NON-PROFIT ORG) hanya untuk suka-suka berkarya. Jika anda ingin famous dan terkenal kami bukan lah kolektif yang mampu berbuat demikian untuk anda. Mungkin akan terkenal... tapi dengan tidak sengaja...

@DepressArt dan @AsonansiHati -Sedang dalam process penerbitan buku #Jilat yang sepertinya mendapat tentangan dan dugaan yang hebat... tapi kami tetap akan berusaha kerna tidak mahu mengecewakan penulis
yang telah menghantar karya mereka bersama kami.

Untuk Projek Zine pula... kami sedang mengumpul bahan dan kerja-kerja mengedit akan dilakukan dlam bulan puasa nanti. Zine pertama kami adalah #HashTag.

Kami akan berkongsi maklumat lebih lanjut didalam twitter kami.

Sekian untuk kali ini.

Salam Kasih Sayang,

Panda











No comments:

Post a Comment