Friday 12 July 2013

Minta Izin

Panda ada umumkan semalam yang Panda nak buat satu Zine untuk menghargai setiap followers Panda yang berpesta puisi dengan Panda setiap Malam.

Setiap tweet yang ber hastagkan tema-tema yang dianjurkan saban malam oleh mereka-mereka yang menyertai pesta puisi ini akan dimasukkan kedalam satu Zine yang bertajuk #Hashtag.

Tapi terdapat percanggahan pendapat mengatakan nanti ada rakan-rakan Panda yang akan marah dengan tindakkan ini.

Niat Panda cuma mahu melihat rakan-rakan Panda menjadi penulis dan sama-sama menulis dan terus menulis lagi.. moga-moga Zine yang bakal keluar ini dapat memberi inspirasi agar terus berkarya tanpa jemu kerna ada @Depressart yang menyediakan platform untuk kamu-kamu mengetengahkan penulisan kamu.

Dalam Zine ini nanti... akan ada jugak Art work berbentuk lukisan.

Tapi kawan-kawan benarkan ke Panda men -zine-kan puisi-puisi anda-anda sekalian?
Walaupun dalam setiap puisi tweethandle pemuisi akan dipaparkan... Panda masih ragu untuk teruskan dengan projek ini.

Panda ingin tahu jika ada sokongan.

Salam Kasih Sayang
Panda

Monday 8 July 2013

Pemenang Kontest #PuisiLari

Berlari mencari, Mimpi tak ditemui. Berlari-lari, Terjatuh lagi. Bangkit dan lari, Lagi, lagi dan lagi.

Tahniah Kami Ucapkan Kepada Pemenang kontest #PuisiLari
kiraan diambil dari jumlah Retweet dan Favourite dari kalangan followers.

Kepada semua yang mengambil bahagian kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan diharap terus menyokong @DepressArt & @AsonansiHati.

Kami akan mengadakan lain-lain kontest dimasa-masa akan datang diharap yang tidak berjaya boleh terus lagi mencuba.


Salam Kasih Sayang,
Panda

Sunday 7 July 2013

Finalist Kontest #PuisiLari

Kontest ini pada mulanya bukanlah anjuran kami...

Kami cuma promo untuk @JomLari atau sekarang @Wearelari... Kami lihat seperti tiada kesungguhan dari mereka tidak seperti kebanyakkan followers @DePressArt dan @AsonansiHati yang beriya-iya menyertai
kontest ini.

Kami mengambil keputusan sendiri demi followers kami dan akan menghadiahkan ini kepada pemenang:-



  Panda baru dapatkan tanda tangan Kak Fynn kelmarin. Walau Kak Fynn pujaan hati Panda, buku ini akan jadi milik pemenang kontest ini kerana Panda lebih sayangkan kawan-kawan yang support Panda dan Asonansi Hati. 

Berikut adalah finalist Kontest #PuisiLari 


Pada syahdunya irama yang dialun, zikir-zikir keramat memuji, doa dan tahjud meminta. Aku tlh enjauh dari semua. Lari dari thn. #PuisiLari

aku yang berlari jauh dari mentari hingga yang terjelas cuma cahya dari bias mentol di sudut gua kelam sendiri. #puisiLari

Lari aku mengejar bayang2 waktu Mencuba utk kembali kepada masa Tika kau dan aku pengertiannya cuma "Dunia ini Milik kita" #PuisiLari

Lari dari yg gelap untuk terjah cahaya benderang.Tapi terkial menahan cucuh cahaya; terjelepuk.Maka dipaling semula; malap. #PuisiLari

Biar dibutakan.Biar ditindaskan.Biar dipijakkan. Kita punya Tuan,yg sentiasa perhati. Biar nanti karma berlari kejar mereka. #puisiLari

Apa guna kau sembunyi? kalau hitammu sudah dihadapan dan putihmu itu hanya terlihat kecil dimata manusia. Apa bisa kau lari? #puisiLari

Jauh-jauh aku lari makin jauh tuk gapai mimpi Jauh-jauh aku pergi moga aku tak lalai; dalam dunia ku sendiri #puisiLari

acap kali aku lihat manusia mencari Tuhannya.. -- tapi acap kali juga aku lihat mereka lari dari Tuhan yang sudah mereka temui. #puisiLari


Kau kena tabah. Setakat rabak hati itu belum apa-apa. Jangan lari. Tetap melawan.Kau pasti bisa. #puisiLARI

Kalau bisa; aku mahu lari dari mereka, Lari dari manusia. Biar aku hilang tanpa aksara, Dari hilang di cerna isi dunia,


Sampai bila lagi? Kau mahu begini? Kau takkan pernah dapat lari, Dari dunia yang keji, Jadi berhenti berlari.

hidup ini bukan sekadar berdiri atas kaki sendiri - tapi perlu juga berjalan dan berlari - tanpa topang disisi #puisiLari

Saat langkah menderas berlari. Aku kenal siapa kawan siapa lawan. jadi aku akan terus berlari biar membongkar setiap ilusi #puisiLARI

Kau sibuk emo Kau sibuk drama Kau sibuk cakap Kau sahaja betul Kau tidak sedar Aku dah bersepatu Lari meninggalkanmu.


Jangan kejar aku. Jangan cari aku. Penat aku lari dari perasaan itu. Pergi, aku tak mahu rasa rindu. #puisilari

Lari aku dr dunia pnh kontroversi,lari jauh dr segala sangsi,lari dr prejudis bias angkuh meratpi.Biar aku dpt lari dr jelak bumi

Berlari mencari, Mimpi tak ditemui. Berlari-lari, Terjatuh lagi. Bangkit dan lari, Lagi, lagi dan lagi.


Panda akan berbincang dengan Panda lain dan Abam2 Asonansi Hati untuk mengadili finalist ini.

Salam Kasih Sayang
    Panda