Wednesday 30 October 2013

Projek ZINE Panda! Jom sertai kami!!!




Hai! Kesayangan Panda sekalian!!
Ada GOODNEWS buat engkorang!!!

Panda tahu ramai yang berbakat tapi tak tahu nak curahkan idea ke mana-mana; dengan berbesar hatinya panda ingin menjemput semua kesayangan panda yang berminat untuk turut serta dalam PROJEK ke-3.

Sebelum nak teruskan berkenaan PROJEK 3 ini, Panda ingin me-war-warkan bahawa PROJEK 4: Buku #JILAT yang sekian lama pending belum direliskan akan direliskan dalam masa 2 minggu lagi 
(kira dari sekarang tau; 30 Oktober 2013)


buku #JILAT ini merupakan Projek 4 yang ditulis oleh 9 orang penulis yang mana punya kreativiti masing-masing. Buku ini telah lama di rancang dan tak lama lagi akan relis. Antara penulis yang terlibat dalam buku ini adalah:

@Epoipulot
@KhamizanKhalid
@Arabellachester
@Khairunnisazaki
@EyaAzmi
@NurulFyka
@Manusiaekstinsi
@NrSyzna
@Farelflitzer

Oke! Mari Panda akan bercerita sedikit sebanyak Kriteria yang diperlukan untuk PROJEK 3  ini!

PROJEK 3 ini merupakan karya yang dikumpul hasil daripada followers/sesiapa yang sudi mengongsikan karya mereka dalam zine terbaru Depressart. Dalam zine ini, mereka bebas untuk menghantar beberapa saja karya dalam beberapa saja bentuk karya yang ingin dikongsikan.

Ini merupakan beberapa kriteria yang anda patut 'Ikuti'



SELAMAT MENCUBA!!!


Thursday 17 October 2013

Pasar BOCO : Panda Jadi Askar!!



HALLO-HA!!

Panda akan MEMBUKA BOOTH DEPRESSART/AH pada 19 haribulan Oktober 2013 di Pasar Boco, hujung minggu ini. Sebelum itu, sedikit sebanyak tentang PASAR BOCO.


Seperti yang tertera, BOCO9 tahun ini mengadakan TEMA ASKAR! so, yang nak pergi tu boleh lah berHIJAU semua ye? 


Ini Peta ke PASAR BOCO. Pastikan sampai disana terus cari booth Panda tau??
Yang ni adalah beberapa booth yang akan dibuka pada hari Sabtu nanti. Be there, jumpa Panda!!!

BOOTH PANDA AKAN MENJUAL ZINE:

1. HASHTAG PUISI 140 ABJAD
2. LIMITASI
3. TINTA
4. KANVAS 1
5. KANVAS 2
6. KANVAS 3
7. ZIGOT

JUMPA ANDA DISANA!!!