Friday 25 April 2014

Jika aku [Farah]

Bangkai maruah bergelimpangan
Sisa harapan disampahkan
Sampai hatiku tertanya
Masih ada lagikah nilai
Yang digelar kemanusiaan
Di kiri bedusta di kanan mencela
Di depan berpura di belakang bersandiwara

Lalu aku berlari jauh ke dalam semak samun sendiri
Ku lihat harimau menerkam mangsanya
Ku dengar biri biri disambar dek helangnya.

Dan aku berjalan pula ke belantara
Ku lihat semak merimbun merata
Dihalangnya kulat daripada berleluasa
Ada juga pepohon yang besar dan tinggi
Menghalan yang dibawah di sebalik matahari

Kemudian aku merasa angin
Dia terbang ke sana ke mari
Memberi arah petunjuk
Mengawal hujan yang menitik
Pabila dia marah, semua dia herdik

Jika bongkak makhluk segala
Di manakah tempat mereka selayaknya
Selepas diciptakan oleh sang Maha Sempurna?

1 comment:

  1. bagus..
    penggunaan metaphora yg pelbagai. cuma ada yg tak masuk akal sikit.

    helang sambar biri2

    feel baca puisi ni tapi sangkut dekat bab tu.

    ReplyDelete