Friday 9 May 2014

Pelangi Hati : Maya


Petang itu aku perhati,
Pelangi menari di kaki langit,
Warna terang penceria hati,curi mata buat aku termangu,lama.

Mana mula pelangi tiba?
Di hujung sana mulanya kelopak air atau sebatang sungai deras mengalir?
Tiada siapa tahu cuma mungkin Tuhan kerna dia yang cipta.

Begitu juga rasa,
Yang aku tidak tahu dari mana,
Dan bagaimana bisa tercipta,
Cuba bayang kalau aku tahu rasa itu mahu hadir bila,
Pada siapa,
Bagaimana cara,
Lama aku tutup segala punca rasa,
Biar tiada wujud pelangi cinta,
Yang samar saja warnanya.

Jika mahu pelangi indah berseri,
Biar di penghujung punya air terjun tinggi,
Percikan air kuat buat warna makin terang,indah mata memandang.
Jika mahu menyinta,carilah hati yang sudi,
Sambung dua tali rasa,
Yang tidak putus pada tegang dek panas mentari,
Atau kendur kerna badai besar bergelora.

No comments:

Post a Comment