Thursday 8 December 2016

Pre Order #CikguSuraya


Hi semua, setelah mendapat undian tertinggi. Pre Order buku #CikguSuraya akan dibuka kepada orang ramai mulai hari ini. 

Tiada sebarang bayaran yang akan diambil untuk pre order ini. Anda cuma perlu mengikuti jejak langkah berikut : 


1. Berikan butiran diri : 

Nama: 
Tweet handle: 
Alamat Surat Menyurat : 
Nombor Telefon : 

2 . Emailkan Butiran diri yang diminta ke alamat email : Depressart@gmail.com 

Kami akan contact anda yang telah memberikan butiran diri pada kami apabila buku siap kelak. 


*** buku di jangka siap pada 25 December 2016 


Monday 5 December 2016



Projek Buku #CikguSuraya tertangguh sejak dari bulan June 2016. Atas sebab-sebab tertentu (Penulis poyo cam gampang yang kejap nak kejap tak boleh nak sumbang karya) Setelah selesai isu-isu berbangkit, antaranya malas untuk edit sendiri dan mencari editor yang berkebolehan. Akhirnya suntingan terakhir buku #CikguSuraya telah pun selesai. 

Sekarang dalam process proof read yang dijangka selesai 15hb December 2016. Process cetakkan akan dilakukan selepas itu dan buku di jangka siap pada 25 December 2016. 

Kenapa buat buku #CikguSuraya ? 

Cikgu Suraya dari generasi ke generasi dikenang sebagai sebuah cerita erotik fantasi sexual seorang remaja bersama Cikgunya. Karya ini yang tiada siapa benar-benar tahu siapakah penulisnya menjadi popular di kalangan remaja Melayu yang sering melayari web web 18sx. Ya, remaja Melayu. 

Pekerjaan seorang guru sebagai seorag pendidik terjejas dengan adanya sentiment #CikguSuraya sebagai simbol sex dan fantasi pelajar-pelajar. 

Buku ini diwujudkan untuk membunuh sentiment itu. Buku #CikguSuraya ini adalah koleksi himpunan cerita cerpen imaginasi beberapa orang penulis yang ternama dan baru meningkat naik nama mereka. 

Nantikan post ke dua untuk pre-order buku #CikguSuraya.  

Tuesday 28 June 2016

#CikguSuraya Dateline 30 June


Projek buku De'Press Art pertama untuk tahun 2016 merupakan kompilasi cerpen bertajuk #CikguSuraya. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang karya untuk projek buku ini. Bagi yang berminat boleh menghantar karya anda ke DePressArt@gmail.com dan tarikh tutup adalah 30hb June 2016. 

Suntingan akan dilakukan dan De'Press Art akan menghubungi penulis jika karya mereka terpilih. 

Jadi adalah cerita Cikgu Suraya akan jadi lebih menarik jika ditulis oleh anda? 




#PasoBumbong2016


Sempena Ramadhan menjelang ke Syawal, Paso Bumbung datang lagi kepada anda khususnya warga Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun ke- 3 De'Press Art menyertai Paso Bumbong dengan harapan ia lebih meriah seperti tahun-tahun sebelumnya atau lebih lagi. 

Crowd di Johor Bahru tidak pernah menghampakan. Maka dengan itu, Panda pasti akan bertemu dengan ramai kawan-kawan di sana. 

Semperna dengan Paso Bumbong 2016 ini, De'Press Art memperkenalkan logo baru bagi Tahun 2016. 

 

Panda berharap, bertemu anda semua di #PasoBumbong2016 dan kita dapat bersama-sama menikmati persembahan dan juga bermain bunga api bersama-sama. 

Jumpa ada semua dia Rooftop Galeria Kotaraya, Johor Bahru 2 Julai 2016 dari pukul 3ptg hingga 12 malam. 

Thursday 19 May 2016

Zine Review - Projek Zine Seni




Hi Kengkawan semua. Sudah lama rasanya Panda tidak update apa-apa di dalam blog ini untuk bacaan anda semua. Agak sibuk sedikit dengan pelbagai hal kehidupan dan juga terlibat dalam beberapa event menyebabkan Panda sukar untuk update blog ini. 

Even terbaru yang Panda ikuti adalah Johor Bahru Writers & Readers Festival 2016 bertempat di Medini Mall Iskandar Puteri, Johor Bahru. Panda mungkin akan berkongsi tentang even itu tetapi sebelum itu, Panda di undang untuk menyampaikan "Review" terhadap sebuah zine dari Arto Movement yang juga merupakan sebahagian dari Konsortium Kertas Lipat. 

Sewaktu JBWRF 2016, Panda ada membuat kelas tentang Zine dan cara-cara membuat Zine. Di dalamnya menghuraikan beberapa jenis zine yang ada dan menerangkan pada masyarakat tentang apa sebenarnya itu zine. Untuk "Projek Zine Seni issue pertama ini, boleh diklasifikasikan zine ini sebagai Zine Kompilasi dimana topiknya adalah Seni. 

Di dalam Zine ini terdapat beberapa artikal tentang pelbagai issue berbangkit berkaitan seni di Malaysia. 


Mengambil satu petikan di dalam zine ini yang bertajuk "Projek Zine Seni" 

Isu yang dibincangkan di dalam zine ini menarik untuk dibaca oleh penggemar seni yang mahu mengikuti perkembangan seni tanah air. Walaupun tidak lengkap kesemuanya dari segi "Seni" yang dibincangkan, namum Panda percaya, "Projek Zine Seni" ini akan mengupas pelbagai lagi aspek seni dalam issue-issue yang seterusnya. 

Mungkin Panda boleh menulis review yang lebih bagus setelah selesai membaca issue yang kedua. 
Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh bertanya terus di twitter @Artomovement


Panda akan cuba untuk update blog ini sekerap yang mungkin untuk memberi info kepada kawan-kawan semua. 

Salam Kasih Sayang,

Panda.