Thursday 19 May 2016

Zine Review - Projek Zine Seni




Hi Kengkawan semua. Sudah lama rasanya Panda tidak update apa-apa di dalam blog ini untuk bacaan anda semua. Agak sibuk sedikit dengan pelbagai hal kehidupan dan juga terlibat dalam beberapa event menyebabkan Panda sukar untuk update blog ini. 

Even terbaru yang Panda ikuti adalah Johor Bahru Writers & Readers Festival 2016 bertempat di Medini Mall Iskandar Puteri, Johor Bahru. Panda mungkin akan berkongsi tentang even itu tetapi sebelum itu, Panda di undang untuk menyampaikan "Review" terhadap sebuah zine dari Arto Movement yang juga merupakan sebahagian dari Konsortium Kertas Lipat. 

Sewaktu JBWRF 2016, Panda ada membuat kelas tentang Zine dan cara-cara membuat Zine. Di dalamnya menghuraikan beberapa jenis zine yang ada dan menerangkan pada masyarakat tentang apa sebenarnya itu zine. Untuk "Projek Zine Seni issue pertama ini, boleh diklasifikasikan zine ini sebagai Zine Kompilasi dimana topiknya adalah Seni. 

Di dalam Zine ini terdapat beberapa artikal tentang pelbagai issue berbangkit berkaitan seni di Malaysia. 


Mengambil satu petikan di dalam zine ini yang bertajuk "Projek Zine Seni" 

Isu yang dibincangkan di dalam zine ini menarik untuk dibaca oleh penggemar seni yang mahu mengikuti perkembangan seni tanah air. Walaupun tidak lengkap kesemuanya dari segi "Seni" yang dibincangkan, namum Panda percaya, "Projek Zine Seni" ini akan mengupas pelbagai lagi aspek seni dalam issue-issue yang seterusnya. 

Mungkin Panda boleh menulis review yang lebih bagus setelah selesai membaca issue yang kedua. 
Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh bertanya terus di twitter @Artomovement


Panda akan cuba untuk update blog ini sekerap yang mungkin untuk memberi info kepada kawan-kawan semua. 

Salam Kasih Sayang,

Panda. 


No comments:

Post a Comment