Tuesday 28 June 2016

#CikguSuraya Dateline 30 June


Projek buku De'Press Art pertama untuk tahun 2016 merupakan kompilasi cerpen bertajuk #CikguSuraya. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang karya untuk projek buku ini. Bagi yang berminat boleh menghantar karya anda ke DePressArt@gmail.com dan tarikh tutup adalah 30hb June 2016. 

Suntingan akan dilakukan dan De'Press Art akan menghubungi penulis jika karya mereka terpilih. 

Jadi adalah cerita Cikgu Suraya akan jadi lebih menarik jika ditulis oleh anda? 




#PasoBumbong2016


Sempena Ramadhan menjelang ke Syawal, Paso Bumbung datang lagi kepada anda khususnya warga Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun ke- 3 De'Press Art menyertai Paso Bumbong dengan harapan ia lebih meriah seperti tahun-tahun sebelumnya atau lebih lagi. 

Crowd di Johor Bahru tidak pernah menghampakan. Maka dengan itu, Panda pasti akan bertemu dengan ramai kawan-kawan di sana. 

Semperna dengan Paso Bumbong 2016 ini, De'Press Art memperkenalkan logo baru bagi Tahun 2016. 

 

Panda berharap, bertemu anda semua di #PasoBumbong2016 dan kita dapat bersama-sama menikmati persembahan dan juga bermain bunga api bersama-sama. 

Jumpa ada semua dia Rooftop Galeria Kotaraya, Johor Bahru 2 Julai 2016 dari pukul 3ptg hingga 12 malam.