Sunday 20 August 2017

#IndependentArtMarket3 - Laman Kreatif Kluang



Selepas kejayaan Independent & Art Market 1 & 2, De'Press Art bergerak ke Kluang untuk menganjurkan acara yang ke-3 pada 16hb September 2017 sempena Hari Malaysia. Sebab utama kami memilih Laman Kreatif Kluang sebagai venue adalah kerana ia merupakan mercu dan symbol kebangkitan seni dan budaya di Kluang yang juga selaras dengan misi kami untuk menjadikan negeri Johor sebagai HAB seni dan budaya. 

Keunikan Kluang yang sebelum ini terkenal dengan kopinya kini ditambah dengan kewujudan Laman Kreatif Kluang yang juga telah memenagi anugerah Gold Winner Award. 
NASIR MD. ALI(dua dari kanan) bersama kakitangan MPK selepas menerima anugerah Gold Winner Award daripada International Green Apple Award di London, Britain, baru-baru ini. - Gambar Utusan Melayu 15 June 2017


Selaras dengan itu, Independent & Art Market yang bakal dianjurkan nanti akan mengumpulkan karyawan seni dari pelbagai genre untuk duduk dibawah satu bumbung dan memperkenalkan karya mereka kepada masyarakat umum.  

Antara pengisian yang bakal diadakan adalah Art Exibition dari pelukis-pelukis baru dan lama, persembahan akustik dan bacaan puisi, forum art talk, shortfilm screening dan bermacam-macam lagi. Datang bersama-sama dengan keluarga untuk sama-sama bersantai dan menikmati dan meraikan seni dan budaya.  













No comments:

Post a Comment