Tuesday 15 August 2017

#KunangKunangIV - After Event

Kunang Kunang IV telahpun berlangsung pada 12 Ogos 2017 di Lata Seri Pulai, Pekan Nenas Pontian. Acara seni tahunan yang dianjurkan kali ini menambah pembaharuan dengan mengadakan demonstrasi seni iaitu "Teknik Lukisan Water Color" dari Encik Hariri dan deklamasi sajak serta puisi. 

Acara "Kunang kunang" ini sentiasa mahu membawa kelainan pada setiap edisinya bagi mengekalkan tarikan pengunjung untuk menantikan sesuatu yang baru setiap tahun. 





Pameran lukisan dari Jaie Ramlee , Razali Bachok dan Finn Annuar 


Demonstasi teknik mewarna menggunakan warna air dari Encik Hariri
Demonstrasi seni mewarna menggunakan warna air berjaya menarik minat pengunjung yang hadir. Ramai pelajar tingkatan 6 yang hadir untuk sesi ini dan mempelajari teknik teknik yang betul dari seorang pelukis yang berpengalaman. Kunang Kunang mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat umum terutamanya belia dan bukan sekadar acara berbentuk hiburan semata-mata dengan harapan masyarakat akan lebih menghargai seni itu sendiri. 









Kunang Kunang IV adalah pentas pertama buat Azrul Perry membaca puisi. 













Setelah memulakan acara pembacaan puisi pada Independent & Art Market #2 dan seterusnya #PoetryPalooza. De'Press Art dijemput untuk sama-sama mengatur acara #KunangKunangIV.
Acara ini juga menjadi pentas pertama buat dua orang pemuisi iaitu Faiq Rahman dan Azrol Perry. Jika pada dua acara sebelum ini mereka hanyalah penonton. Kali ini, mereka di atas pentas untuk menyampaikan puisi puisi mereka. Perkembangan yang sangat baik dan inilah yang diharapkan oleh De'Press Art agar sentiasa mempunyai bakat-bakat baru untuk di ketengahkan pada setiap platform yang diberi.

De'Press Art tidak hanya tertumpu pada bakat dalam puisi sahaja malah segala jenis seni yang ada. Kami mengalu-alukan bakat baru dalam setiap cabang seni sama ada musik, penulisan, lukisan, ukiran dan macam-macam lagi untuk kami sediakan platform agar seni mereka berkembang.

De'Press Art mensasarkan golongan belia khususnya dari negeri Johor untuk bersama-sama memilih seni sebagai aktiviti sampingan malahan jika mampu menjadi aktiviti pilihan utama golongan ini.


Syahir Bohari 

Ahmad Pintu

Farahaneem

Mumtazul Ilyani

Riki Maulana

Farel Omar & Faliant Ferdiant

Angah - Seakan Bintang

Akeem Nakal 

Crew De'Press Art bersama-sama dengan karyawan karyawan yang terlibat untuk #KunangKunangIV





No comments:

Post a Comment