Thursday 21 September 2017

#IndependentArtMarket3 - After Event

Crew dan sebahagian performers untuk #IndependentArtMarket3

16 September 2017 - Hari Malaysia. Hari yang akan dicatatkan dalam sejarah De'Press Art sebagai hari untuk #IndependentArtmarket3 yang telah berlangsung di Laman Kreatif Kluang. Acara ini juga merupakan acara pertama anjuran De'Press Art di luar Johor Bahru. Alhamdulilah dengan bantuan dan sokongan Rumah Kita Kluang dan Kluang Independent Kolektif, acara ini dapat dilanngsungkan dengan jayanya. 

De'Press Art ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kluang kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menganjurkan acara ini dan menjadi penaja utama kepada acara ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada dua lagi penaja kami iaitu Johor International Youth HAB dan DJ Production sebagai pembekal PA system. 





Acara Independent & Art Market 3 ini merupakan acara yang mengumpulkan karyawan-karyawan dari pelbagai cabang seni untuk duduk dibawah satu bumbung dan diberikan platform kepada mereka untuk menonjolkan bakat dan karya mereka kepada masyarakat. Acara yang berlangsung selama sehari ini memuatkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung seperti Pameran Seni, Pasar Jualan Barangan Seni, Persembahan Akustik dan Forum Seni. 

Sambutan yang baik diberikan oleh masyarakat Kluang yang hadir sejak dari jam 10 pagi lagi hinggalah acara tamat pada jam 11 malam. Pelbagai maklum balas positif dari masyarakat Kluang antaranya ramai yang mahukan acara ini di adakan setiap minggu di tempat tersebut. 











Crew De'Press Art bertolak ke Kluang dari Johor Bahru seawal jam 6 pagi dan tiba di lokasi acara dalam lingkungan 7 setengah pagi. Kami bersarapan di kedai yang terdapat di hujung lorong tersebut. Tak pasti akan nama kedai, tapi kebanyakan kawan-kawan hanya menamakan kedai itu sebagai "Kedai Auntie". Kedai ini bersebelahan dengan hotel White House yang juga menjadi lokasi penginapan kami. 

Kami mula bekerja untuk mempersiapkan lokasi seawal jam 9.30 pagi dan kawasan itu sudah pun dipenuhi ramai pengunjung. Lebih kurang jam 10 pagi, awan kelihatan mendung dan hujan renyai mula turun pada jam 10.30 pagi. Permulaan yang agak murung bagi kami dan kami terpaksa berteduh pada kedai yang  berhampiran bersama-sama dengan peralatan PA system yang dibawa. 

Alhamdulillah dengan izinNya, Cuaca mulai cerah sekitar jam 12 tghari hinggalah tamat acara pada jam 11 malam. 

Crew merakam gambar kenangan di lobi hotel White House.

Sarapan pagi di "Kedai Auntie" bersebelahan Hotel White House



Pengisian art market kali ini menambahkan dua pembaharuan berbanding edisi yang sebelumnya. Selain dari persembahan akustik dan puisi, kami menambah Pameran seni dan Vendors Auction. 
Untuk pameran seni, kami mengambil karya dari beberapa pelukis baru sekitar Johor dan membuat mini Art Exhibition untuk pameran serta jualan kepada orang ramai. 

Acara Vendors Auction adalah acara di mana para vendors yang berdagang akan membuat lelongan barangan bermula serendah RM5 dan penunjung yang berminat akan membuat bidaan pada barangan tersebut. 




Antara lukisan yang dipamerkan kepada pengunjung. 



Kami juga berbesar hati apabila Encik  Mohamad Shahrudin bin Rosdi ( Dino) dari Majlis Perbandaran Kluang, bersama-sama dengan  Saudara Shahrizad Hassan dan Akeem dari Rumah Kita Kluang dan Bob Art House sudi menjadi panel dalam forum seni yang dianjurkan untuk berkongsi ilmu dan informasi tentang Laman Seni Kluang khususnya. Kami juga turut mempromosi Johor International Youth HAB sebagai tempat dan ruang buat golongan belia untuk berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. 

Laman Kreatif Kluang dan Johor International Youth HAB dilihat sebagai tempat untuk memulakan revolusi kebangkitan seni kreatif di negeri Johor dan penganjuran acara-acara sebegini dapat mencungkil bakat-bakat baru dari seluruh pelusuk negeri. Acara sebegini adalah satu platform yang sangat baik untuk mengetengahkan bakat-bakat yang sebelum ini mungkin tidak tahu dimana dan bagaimana karya mereka boleh dikongsi untuk khalayak umum. 



Dari kiri: Farel | ShahDino | Bob | Akeem 



Kami sangat sangat bersyukur dengan keadaan cuaca yang mengizinkan kami melangsungkan acara ini dari mula hingga tamat acara. ( Tiada Bomoh hujan yang dipanggil, walaupun agak pelik kerana sepanjang dua minggu sebelum hujan akan turun hampir setiap hari pada sebelah petang) 

Independent Art Market 3 melabuhkan tirai pada jam 11 malam. Kami ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada penduduk Kluang yang hadir dan mengikuti acara ini dari awal pagi hinggalah tamat acara. Semoga berjumpa lagi dilain kali dan semoga segala amalan kita diterima. 

Jumpa lagi untuk Independent Art Market 4 dan terakhir bagi tahun ini di Johor International Youth HAB. Insyallah. 



Ahmad Pintu

Amirul - Citizens 21


Syahir Bohari 

Akeem dan Syahir Bohari 

Farel Omar 

The Humming Birds 


Izzat Hassan 

Gadis - Gadis - RaQaLa Mode 

Din - Toko Estetika 



Akeem 

Ahmad Pintu 




The Humming Birds - Epul | Danial | Adam 

Buku Garaj 

Awood Eyewear 







Pandamonium & Gloomy X Bloomy 


Thursday 7 September 2017

Laman Kreatif Kluang - Hari Malaysia



Independent Art Market kali ini bakal dilangsungkan di Kluang​ pada 16hb September 2017 yang juga bersamaan dengan "Hari Malaysia".

Acara ini merupakan platform yang menyatukan pelbagai jenis seni dibawah satu bumbong untuk dinikmati oleh masyarakat. Acara yang mensasarkan golongan belia ini juga bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru dalam tiap cabang seni agar seni itu sendiri mempunyai kelangsungan pada masa hadapan. 

Laman Kreatif Kluang menjadi venue pilihan kerana dirasakan tempatnya telah menjadi simbolik kepada kebangkitan seni di Kluang. 

Pelbagai aktiviti telah disusun buat pengunjung nanti. Antaranya, Pameran Lukisan, Forum Seni, Persembahan akustik, Bacaan Puisi, Pasar Seni, dan Lelongan barang dari vendor yang hadir. 

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Laman Kreatif Kluang​  pada 16hb September 2017. Bawa kawan dan keluarga untuk bersantai dan menikmati kesenian dan budaya kita. 


***********************************************************************************************************************
Independent Art Market will be held in Kluang on 16th September 2017 in conjunction with "Malaysia Day". This event serves as a platform for all kinds of art to be gathered under one roof and showcase to the public at large. This event mainly target the youth of today in hope to discover more new talent in each art discipline to ensure the art sustainability in the future.
Laman Kreafif Kluang has been chosen for the venue as it symbolize the raise of Arts and Culture in Kluang.
A lot of activities has been line up for everyone. There will be Art Exhibition, Art Talk, Acoustics performance, Poetry Reading, Art Market and Auction from available vendors.
All are welcome to Laman Kreatif Kluang this 16th September 2017. Bring your friends and family to experience our arts and culture.

#IndependentArtMarket3

Laman Kreatif Kluang 
16hb September 2017 
12 tghari - 10 malam

Acoustics Performers:
Izzat Hassan 
Ahmad Din
Syahir Bohari
Faliant Ferdiant  
Citizens 21
The Humming Birds
Akeem Ex Redemption
1308 Women Settings

Vendors:
Awood Sunglass
Raqala Mode
Rekayasa Retorika 
TokoEstetika
Bundle Rage
Pandamonium
Gloomy XBloomy