Sunday 7 January 2018

#OfflineMarket

Hola!!
Apa bikin untuk permulaan tahun baru 2018 ini? Pasti senarai yang baik baik terus dipanjangkan, bukan? De’Press Art juga tidak ketinggalan membuat senarai acara yang menarik sepanjang tahun ini bagi memeriahkan hari-hari anda semua. Baiklah, sebagai pembuka tirai tahun baru ini kami ada berita baik buat semua!! Hooray!! Permulaan bulan di tahun baru ini kami ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menjayakan dan memeriahkan acara #OfflineMarket. Acara ini bakal berlangsung pada 27 Januari 2018 bermula seawal 10 pagi sehingga 7 malam di Johor International Youth HAB.

Apa sebenarnya acara #OfflineMarket ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya, kan? #OfflineMarket merupakan acara yang menghimpunkan para peniaga online untuk menjual barangan mereka secara offline. Dalam erti kata lain, #OfflineMarket ingin memberi peluang dan platform buat vendor yang hampir kesemuanya tiada kedai dan hanya menjalankan perniagaan secara online untuk memperkenalkan jenama mereka. Acara ini juga diadakan bertujuan untuk mewujudkan sifat kepercayaan diantara peniaga dan pembeli, selain daripada untuk memperkenalkan jenama mereka. Bak kata peribahasa Jepun, Kepercayaan: Reputasi seribu tahun mungkin akan terjejas oleh kelakuan satu jam. Pheww!! Amacam? Menarik, kan?


Tunggu dulu, ada lagi yang lebih menarik. Apa lagi yang ada di #OfflineMarket ini? Sepanjang acara #OfflineMarket ini berlangsung nanti, para pengunjung bakal dihiburkan dengan Singer Songwriter Showcase disamping dapat menikmati makanan yang enak-enak daripada Food Truck yang disediakan. Alangkah indahnya dunia dapat bersantai melayan lagu sambil makan-makan, kan? Lagi menarik para pengunjung dapat belajar dan cuci mata melihat make-up tutorials. Pengunjung juga boleh membeli-belah barangan menarik seperti barangan kecantikan, minyak wangi, barangan pre-loved dan pelbagai jenis shawl yang menarik dan terkini.

Menarik, kan? Apa tunggu lagi? Jangan lupa datang beramai-ramai ke acara #OfflineMarket ini nanti!




Article by:  Farah Hidayah

No comments:

Post a Comment