Friday 20 April 2018

Cerita Akustika Puisi


Lari sebentar dari kesibukan dunia, mari amati dan teliti alam semesta. 
Bersama-sama santai mendengarkan cerita sambil didendangkan musik akustika. Dengarkan kata kata puisi jiwa. Sebarkan cinta dan keamanan. 
Sebarkan kemanusiaan. 
.
.
.
Jemput hadir ke #CeritaAkustikaPuisi pada 12 Mei 2018 pada jam 8 malam di Educity Commons, Iskandar Puteri.
.
.
Mari semarakkkan budaya
.
.
Escape from your current reality , come join us in sincerity with mother nature. Listening to stories while being serenade by acoustic melodies. Hear out the poetry of the soul. Spread love, peace and harmony. Spread humanity.
.
.
.
Come join us for #CeritaAkustikaPuisi on 12th May 2018 at Educity Commons, Iskandar Puteri.
.
.
Lets come together and create culture.
.
.
.

#Puisi #Akustika #Ceritera #Cerita
#IskandarPuteri #Educity #EducityCommons#JohorBahru



Sunday 15 April 2018

ZINE : CIKGU SURAYA - KOLEKSI KISAH IMAGINASI



Projek buku ini telah tertangguh sejak sekian lama kerana masalah tempat printing yang sesuai. Oleh yang demikian, setelah di nilai semula. Karya di dalam buku ini harus diterbitkan juga. De'Press Art akan memilih beberapa cerita dan akan printkan di dalam bentuk zine. Mungkin jugak akan dibahagikan kepada dua bahagian. 

Paling awal akan diterbitkan pada bulan May 2018 atau selewat-lewatnya pada July 2018. 
Nantikan pengumumannya. 


Semua 18 orang di dalam rekod kami yang telah buat pra pesan buku Cikgu Suraya telahpun kami kembalikan wangnya. Jika ada antara anda yang ada membuat pra pesan dan masih wang tidak dikembalikan. Boleh email kepada kami butiran anda untuk semakkan. 

Kerana projek ini tertangguh terlalu lama. Ke semua 18 orang yang telah membuat pra pesan buku ini akan mendapatkan naskah zine Cikgu Suraya secara percuma. Kami akan postkan pada alamat di dalam butiran yang diberikan dahulu. Terima kasih.  

Thursday 5 April 2018

Independent & Art Market 4.0 - After Event


Independent & Art Market 4.0 telah pun berlangsung pada 31hb Mac 2014 bertempat di Johor International Youth HUB. Acara yang menggabungkan 8 komuniti anak muda di Johor Bahru ini mendapat sambutan oleh masyarakat apabila lebih 600 orang datang untuk mengikuti pelbagai program yang telah disediakan. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang mendaftarkan kehadiran mereka dalam program-program yang telah disediakan. 


Acara yang bermula jam 10 pagi ini dimulakan dengan pertandingan Mini Ramp Skate Board oleh Kelab Skate Board Selatan dan diikuti pertandingan BMX Flatland dari Johor BMX Community. Acara pada belah petang pula dimulakan dengan pertandingan parkour oleh komuniti parkour Zero2Flow, pertandingan street workout oleh Barragazz dan pertandingan BMX Mini Ramp oleh Johor BMX Comunity. Semua acara sukan lasak ini diadakan di Johor International Youth HUB untuk mempromosi prasarana dan kemudahan yang terdapat di Youth HUB untuk golongan belia. 











Pada sebelah malam, acara dimulakan dengan Silat Showcase dari persatuan silat Gerak Singkir Johor yang membuat flashmob dan memukau pengunjung dengan ketangkasan pengunaan senjata dan pergerakan silat buah pukul. Seterusnya dimulakan dengan persembahan akustik dari Ahmad Pintu, persembahan stand up comedy dari Standup Johor Selatan dan bacaan puisi dari pemuisi JB Poet Society. 

Persembahan stand up comedy buat pertama kalinya di masukkan ke dalam Independent & Art Market 4.0 dengan kerjasama Standup Johor Selatan yang baru sahaja ditubuhkan. De'Press Art sangat mengalu-alukan komuniti-komuniti baru seperti ini yang mencari platform untuk mengetengahkan bakat mereka. Selain Stand Up Comedy, terdapat beberapa lagi kandungan baru yang dimuatkan untuk edisi ke empat ini, antaranya Photography Exhibition oleh 10 buah sekolah dari daerah Pasir Gudang kelolaan The Local Focal Project dan Drum Class for beginners oleh Kudut Othman. Dua kelas terpaksa dibatalkan dalam acara ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu kelas Color & Craft dan Photography Class for beginners. Kami memohon maaf atas pembatalan saat akhir dan akan cuba untuk memuatkan acara ini pada acara akan datang. Insyallah. 


Ahmad Pintu

Awan Jebat

The Coffeemates

Fatin Roziana

Keyin

Nafisah

Murid-murid dari sekolah sekitar Pasir Gudang - Photography Exibition



Independent & Art Market 4.0 kali ini istimewa berbanding edisi-edisi yang lepas. Selain dari pertambahan pengisian program. Acara ini mendapat perhatian YBM Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat yang telah sudi hadir untuk bersama-sama dengan golongan belia. Beliau sempat hadir melihat persembahan akustik dan juga bacaan puisi dari beberapa orang pemuisi. Beliau menghabiskan masa sejam setengah untuk menikmati persembahan dan beramah mesra bersama-sama pengunjung yang hadir. Kami tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenang-kenangan bersama beliau kerana belum tentu akan ada lagi pemimpin yang sudi hadir acara anjuran belia seperti ini.  






  Kami di De'Press Art sangat berbesar hati dengan kesudian YBM Datuk Tengku Putra yang hadir pada acara kami ini dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. 


Pada kesempatan ini, kami di De'Press Art ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komuniti yang sudi bekerjasama dengan kami dalam menjayakan Independent & Art Market 4.0 merangkap ulang tahun ke 5 kolektif seni ini. Usaha dan pengorbahan anda demi pembangunan belia di Johor Bahru sangat-sangat kami hargai. Terima kasih juga buat semua individu yang terlibat dari sekecil-kecil pertolongan hingga ke sebesar-besar usaha. Moga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. 






*Gambar sekitar acara