Sunday 27 May 2018

Iftar @ Educity Commons with JB Poet Society




Sabtu lalu kita telah pun mengumpulkan beberapa pemuisi dari Jb Poet Society untuk kita bersama-sama berbuka puasa di Educiy Commons. Rancangnya cuba 8 orang tapi bercambah menjadi 14 orang. Alhamdulilah, makanan semua cukup. 

Perjumpaan hari tersebut adalah untuk memperkenalkan ahli baru yang menyertai kami kepada para pemuisi yang lain dan kita perdengarkan satu persatu bacaan dari mereka untuk memberikan pendedahan dan juga bimbingan dalam mendeklamasikan puisi. 


















Tuesday 15 May 2018

Zine #CikguSuraya -Official Launch

Hari ini, 16 Mei 2018 setelah 2 tahun berehat, akhirnya De'Press Art mengeluarkan zine terbarunya #CikguSuraya. Projek ini yang pada asalnya merupakan projek buku tapi di tukar kepada zine dua bahagian agar projek ini tidak lagi tertangguh. Terdapat 12 cerpen kesemuanya dan dibahagiakan kepada dua edisi. Edisi yang pertama ini hanya akan dicetak sebanyak 50 naskah sahaja.

Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi nombor 010-2995308.
Harga Rm10 termasuk postage dan penghantaran. 




cara tempahan: whatsapp 0102995308 (Rm10 senaskah) 1) Buat bayaran pada nombor akaun yg diberi 2) Sertakan resit bayaran 3) Beri nama penuh, alamat & nombor phone selepas bayaran dibuat 4) Tunggu postage sampai. *Pos dibuat setiap Ahad. Sahaja.

Cerita Dalam Bahagian Pertama Zine #CikguSuraya


Monday 14 May 2018

Cerita Akustika Puisi - Pasca Acara

Acara #CeritaAkustikaPuisi telah pun berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2018.Acara yang pertama kali diadakan pada waktu malam di Educity Commons, Iskandar Puteri ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengunjung. Meskipun hujan di waktu petang, ia tidak menghalang para pengemar sastra untuk menghadirkan diri bersama-sama dengan alhi keluarga. Terima kasih dan syabas buat semua yang hadir.

Educity Commons, Iskandar Puteri

Acara yang bertemakan batik ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh pengunjung apabila hampir semua yang hadir berpakaian batik. Para pengunjung juga disajikan dengan minuman kopi panas sepanjang acara ini berlangsung. Pengunjung yang datang awal dan mendapat goodie bag berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang telah disediakan.

Acara bermula tepat jam 8 malam dan dimulakan dengan persembahan akustika oleh saudara Yuslisham yang mendendangkan lagu-lagu puisi ciptaannya. Antaranya adalah Kota Panchor. Setelah itu para hadirin di perdengarkan bacaan puisi oleh bakat-bakat muda Johor Bahru. 

Farahanem Mensour

Lisa Ali 

Acung

Nafysah

Kami sangat  berbesar hati kerana Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan sudi untuk turut serta dalam acara ini dan memberikan pengkongsian tentang sejarah tamadun Melayu serta memberikan pengenalan tentang fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami berterima kasih kepada Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP yang memberikan perkongsian yang menarik buat para hadirin khususnya golongan belia. Diharapkan bentuk kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang untuk golongan muda belia yang meminati sastera dapat menimba seberapa banyak ilmu dan memperkembangkan bakat yang mereka ada. Penghargaan istimewa juga kepada Tuan Abang Haliman Haji Abang Julai, pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan atas sokongan beliau pada acara ini. 

Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP 


Penyampaian cenderahati oleh Farel Omar (Pengasas dan Pengarah Seni De'Press Art) kepada Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP 
  
Selain puisi dan musik akustika, para pengunjung juga diperkenalkan dengan bacaan cerpen oleh Encik Dharmalingam dan juga Mumtazul Ilyani yang masing-masing menyampaikan cerpen dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pengenalan baca cerpen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan penulis muda untuk berkarya dan menyampaikan karya mereka dalam bentuk penceritaan. Sama seperti penulis puisi yang menyampaikan bacaan puisi karya mereka kepada khalayak umum. 

Mumtazul Ilyani

Dharmalingam 

Kami ingin berterima kasih kepada Educity Commons, Educity Iskandar Puteri yang telah memberikan ruang kepada kami untuk mengadakan acara ini. Kami turut ingin merakamkan penghargaan kepada Team LabDNA yang memberikan peluang ini kepada kami serta membantu kami dalam operasi untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar. 

Kami juga turut berterima kasih kepada setiap hadirin yang menghadirkan diri dalam acara ini walau keadaan cuaca yang hujan pada permulaannya dan terus bersama-sama dengan kami hingga akhir acara. Jumpa lagi dalam acara-acara yang akan datang. 



Wajah-Wajah Cerita Akustika Puisi 




Terima kasih kepada para hadirin yang memakai baju batik yang merupakan tema pada acara ini. 





Ahmad Pintu - Puisi Merpati Dua Sejoli

Lisa Ali - Puisi Lelaki Kecilku








Izzat Hassan - Lagu "Salahku"

Din Salikin - Pengagas Toko Estetika









The Coffeemates