Hola!!
Apa
bikin untuk permulaan tahun baru 2018 ini? Pasti senarai yang baik baik terus
dipanjangkan, bukan? De’Press Art juga tidak ketinggalan membuat senarai acara
yang menarik sepanjang tahun ini bagi memeriahkan hari-hari anda semua.
Baiklah, sebagai pembuka tirai tahun baru ini kami ada berita baik buat semua!!
Hooray!! Permulaan bulan di tahun baru ini kami ingin mengajak anda semua untuk
sama-sama menjayakan dan memeriahkan acara #OfflineMarket. Acara ini bakal
berlangsung pada 27 Januari 2018 bermula seawal 10 pagi sehingga 7 malam di
Johor International Youth HAB.
Apa
sebenarnya acara #OfflineMarket ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya, kan?
#OfflineMarket merupakan acara yang menghimpunkan para peniaga online untuk
menjual barangan mereka secara offline. Dalam erti kata lain, #OfflineMarket
ingin memberi peluang dan platform buat vendor yang hampir kesemuanya tiada
kedai dan hanya menjalankan perniagaan secara online untuk memperkenalkan
jenama mereka. Acara ini juga diadakan bertujuan untuk mewujudkan sifat
kepercayaan diantara peniaga dan pembeli, selain daripada untuk memperkenalkan
jenama mereka. Bak kata peribahasa Jepun, Kepercayaan:
Reputasi seribu tahun mungkin akan terjejas oleh kelakuan satu jam. Pheww!!
Amacam? Menarik, kan?
Tunggu
dulu, ada lagi yang lebih menarik. Apa lagi yang ada di #OfflineMarket ini?
Sepanjang acara #OfflineMarket ini berlangsung nanti, para pengunjung bakal
dihiburkan dengan Singer Songwriter Showcase disamping dapat menikmati makanan
yang enak-enak daripada Food Truck yang disediakan. Alangkah indahnya dunia
dapat bersantai melayan lagu sambil makan-makan, kan? Lagi menarik para
pengunjung dapat belajar dan cuci mata melihat make-up tutorials. Pengunjung
juga boleh membeli-belah barangan menarik seperti barangan kecantikan, minyak
wangi, barangan pre-loved dan pelbagai jenis shawl yang menarik dan terkini.
Menarik,
kan? Apa tunggu lagi? Jangan lupa datang beramai-ramai ke acara #OfflineMarket
ini nanti!
Article by: Farah Hidayah