Monday, 13 February 2017

Independent Art Market - After event








#IndependentArtMarket yang pertama bagi tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 11hb Februari 2017 di Embrace Hall Johor Bahru. 

Ribuan terima kasih kepada setiap vendor, performers serta pengunjung yang mambantu menjayakan acara ini. Insyallah, kita akan bertemu kembali pada #independentartmarket bulan April nanti. 


Friday, 3 February 2017

INDEPENDENT ART MARKET




#IndependentArtMarket merupakan acara pertama anjuran De'Press Art bagi tahun 2017. Bertempat di Embrace Hall Johor Bahru (Tampoi ) pada 11hb Februari 2017 bermula dari jam 12 tengahari hingga 7 petang. Terdapat 14 vendor yang akan membuat jualan barangan seni yang pelbagai. Antaranya, Lukisan, Lakaran, Hanna Tangan, Gelang dan Rantai "D.I.Y", Zine, Buku, CD, Kasset, Doodle, Patches, Dreadlocks dan macam-macam lagi.  

Selain jualan barangan seni, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan akustik dari band band independent ternama Johor. Antaranya Crash Light Sceen, Frugal, Angah Seakan Bintang, Faliant Ferdinat dan ramai lagi. 

Acara yang sesuai untuk semua peringkat umur. Datanglah beramai-ramai ke #IndependentArtMarket dan bersama, kita raikan seni. 

Akan diadakan juga Projek Poskad ke Duyong. 

Projek ini adalah projek seni di Galeria Pulau Duyong dan postcard anda dijadikan pameran di sana nanti. Boleh lawati insta Poskad_ke_duyong untuk maklumat lanjut. 





Peta Lokasi Acara 

Acara : Independent & Art Market 
Tarikh : 11hb Februari 2017 
Waktu : 12tengahari - 7 petang 




Senarai Vendor 

1. Inkbender                - Sketches, Drawings, Postcards
2. 1+1 = 0                     - Painting , T-shirt 
3. Socialslave               - Zine, D.I.Y 
4. Lusoh                       - Tote bag, Gelang & Rantai D.I.Y 
5. Gloomy XBloomy   - Zine, Doodle, Henna, CD, T-shirt
6. Dear Moments         - Photo Booth 
7. Pepatung Couture   - Tie Dye
8. De'Press Art             - Zine & Books 
9. Toko Estetika           - T-shirt, Totebag, 
10. Bintang                   - D.I.Y T-Shirt 
11. Stickmaniac           - D.I.Y Stickers 
12. The Segget CdPhobia  - CD's & cassette
13. lust lazurick           - CD, Zine, Canvas, Shirts 
14. Langit                     - Zines 


Senarai & Waktu Performance 

1. Faliant Ferdinant Trio   - 1.00 pm 

Zohor Time

2. Marry Kill Jane              - 1.30 pm 
3. Anna & Curly                 - 2.00 pm
4. Adam & Senandung       - 2.30 pm 
5. Crash Light Scenes         - 3.00 pm
6. The Embassy                    -3.30 pm

Asar Time 

7. Poppy                                -4.30 pm 
8. Frugal                               -5.00 pm
9. Seakan Bintang                - 5.30 pm 
10. Akeem  (Redemption)   - 6.00 pm 


Boleh ikuti perkembangan event ini nanti di twitter kami @DePressArt & @Asonansihati


Thursday, 12 January 2017

Southern Sanitarium


De Press Art dengan kerjasama Embrace Hall dan Pio & The Gang membawakan kepada anda "The Southern Sanitarium. Sebuah GIG percuma buat anda semua Pada 14 January 2016. 

8 band akan turut serta untuk GIG ini termasuk Special Appearance dari band Construction 4 Destruction yang juga akan turut melancarkan album mereka. 

Dapatkan 30 CD percuma dari band Frugal dan 20 CD percuma dari band C4D. 


Event : The Southern Sanitarium
Venue : Embrace Hall JB
 Date: 14 January 2017
Time : 2PM - TILL END 



Cherating Syndrome


Cherating syndrome adalah sebuah filem pendek arahan pengarah berbakat Shima Scarlett yang juga merupakan pelajar cinematography MMU. 

Sebuah filem pendek yang menceritakan tentang seorang gadis patah hati yang membawa diri ke Cherating untuk melupakan kisah sedihnya dan bertemu dengan seorang lelaki yang mengajarnya tentang bahgia setelah derita. Dalam usha mencari jawapan pada lukanya, dia temukan persoalan persoalan tentag kehidupan. 

 crew dan talent untuk Cherating Syndrome. 


De'Press Art berbesar hati kerana diberi peluang menjadi penaja projek filem pendek ini. 

Pengarah filem pendek " Cherating Syndrome " - Shima Scarlett 

Thursday, 8 December 2016

Pre Order #CikguSuraya


Hi semua, setelah mendapat undian tertinggi. Pre Order buku #CikguSuraya akan dibuka kepada orang ramai mulai hari ini. 

Tiada sebarang bayaran yang akan diambil untuk pre order ini. Anda cuma perlu mengikuti jejak langkah berikut : 


1. Berikan butiran diri : 

Nama: 
Tweet handle: 
Alamat Surat Menyurat : 
Nombor Telefon : 

2 . Emailkan Butiran diri yang diminta ke alamat email : Depressart@gmail.com 

Kami akan contact anda yang telah memberikan butiran diri pada kami apabila buku siap kelak. 


*** buku di jangka siap pada 25 December 2016 


Monday, 5 December 2016



Projek Buku #CikguSuraya tertangguh sejak dari bulan June 2016. Atas sebab-sebab tertentu (Penulis poyo cam gampang yang kejap nak kejap tak boleh nak sumbang karya) Setelah selesai isu-isu berbangkit, antaranya malas untuk edit sendiri dan mencari editor yang berkebolehan. Akhirnya suntingan terakhir buku #CikguSuraya telah pun selesai. 

Sekarang dalam process proof read yang dijangka selesai 15hb December 2016. Process cetakkan akan dilakukan selepas itu dan buku di jangka siap pada 25 December 2016. 

Kenapa buat buku #CikguSuraya ? 

Cikgu Suraya dari generasi ke generasi dikenang sebagai sebuah cerita erotik fantasi sexual seorang remaja bersama Cikgunya. Karya ini yang tiada siapa benar-benar tahu siapakah penulisnya menjadi popular di kalangan remaja Melayu yang sering melayari web web 18sx. Ya, remaja Melayu. 

Pekerjaan seorang guru sebagai seorag pendidik terjejas dengan adanya sentiment #CikguSuraya sebagai simbol sex dan fantasi pelajar-pelajar. 

Buku ini diwujudkan untuk membunuh sentiment itu. Buku #CikguSuraya ini adalah koleksi himpunan cerita cerpen imaginasi beberapa orang penulis yang ternama dan baru meningkat naik nama mereka. 

Nantikan post ke dua untuk pre-order buku #CikguSuraya.  

Tuesday, 28 June 2016

#CikguSuraya Dateline 30 June


Projek buku De'Press Art pertama untuk tahun 2016 merupakan kompilasi cerpen bertajuk #CikguSuraya. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang karya untuk projek buku ini. Bagi yang berminat boleh menghantar karya anda ke DePressArt@gmail.com dan tarikh tutup adalah 30hb June 2016. 

Suntingan akan dilakukan dan De'Press Art akan menghubungi penulis jika karya mereka terpilih. 

Jadi adalah cerita Cikgu Suraya akan jadi lebih menarik jika ditulis oleh anda? 




#PasoBumbong2016


Sempena Ramadhan menjelang ke Syawal, Paso Bumbung datang lagi kepada anda khususnya warga Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun ke- 3 De'Press Art menyertai Paso Bumbong dengan harapan ia lebih meriah seperti tahun-tahun sebelumnya atau lebih lagi. 

Crowd di Johor Bahru tidak pernah menghampakan. Maka dengan itu, Panda pasti akan bertemu dengan ramai kawan-kawan di sana. 

Semperna dengan Paso Bumbong 2016 ini, De'Press Art memperkenalkan logo baru bagi Tahun 2016. 

 

Panda berharap, bertemu anda semua di #PasoBumbong2016 dan kita dapat bersama-sama menikmati persembahan dan juga bermain bunga api bersama-sama. 

Jumpa ada semua dia Rooftop Galeria Kotaraya, Johor Bahru 2 Julai 2016 dari pukul 3ptg hingga 12 malam. 

Thursday, 19 May 2016

Zine Review - Projek Zine Seni




Hi Kengkawan semua. Sudah lama rasanya Panda tidak update apa-apa di dalam blog ini untuk bacaan anda semua. Agak sibuk sedikit dengan pelbagai hal kehidupan dan juga terlibat dalam beberapa event menyebabkan Panda sukar untuk update blog ini. 

Even terbaru yang Panda ikuti adalah Johor Bahru Writers & Readers Festival 2016 bertempat di Medini Mall Iskandar Puteri, Johor Bahru. Panda mungkin akan berkongsi tentang even itu tetapi sebelum itu, Panda di undang untuk menyampaikan "Review" terhadap sebuah zine dari Arto Movement yang juga merupakan sebahagian dari Konsortium Kertas Lipat. 

Sewaktu JBWRF 2016, Panda ada membuat kelas tentang Zine dan cara-cara membuat Zine. Di dalamnya menghuraikan beberapa jenis zine yang ada dan menerangkan pada masyarakat tentang apa sebenarnya itu zine. Untuk "Projek Zine Seni issue pertama ini, boleh diklasifikasikan zine ini sebagai Zine Kompilasi dimana topiknya adalah Seni. 

Di dalam Zine ini terdapat beberapa artikal tentang pelbagai issue berbangkit berkaitan seni di Malaysia. 


Mengambil satu petikan di dalam zine ini yang bertajuk "Projek Zine Seni" 

Isu yang dibincangkan di dalam zine ini menarik untuk dibaca oleh penggemar seni yang mahu mengikuti perkembangan seni tanah air. Walaupun tidak lengkap kesemuanya dari segi "Seni" yang dibincangkan, namum Panda percaya, "Projek Zine Seni" ini akan mengupas pelbagai lagi aspek seni dalam issue-issue yang seterusnya. 

Mungkin Panda boleh menulis review yang lebih bagus setelah selesai membaca issue yang kedua. 
Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh bertanya terus di twitter @Artomovement


Panda akan cuba untuk update blog ini sekerap yang mungkin untuk memberi info kepada kawan-kawan semua. 

Salam Kasih Sayang,

Panda. 


Friday, 3 April 2015

Pre- Order buku puisi "cocktale"




Cocktale adalah sebuah buku puisi himpunan 8 lelaki mewakili kolektif
seni dan penerbitan indie di Malaysia. Antara kolektif dan penerbitan di dalam buku ini adalah De’Press Art , Asonansi Hati, La Lectrice, Inziks, Akta Klausa, Zine Satu Malam, Tanpa Nama, Kolektif Kayangan dan Keramat. 
Buku puisi ini menampilkan karya terbaik dari setiap wakil kolektif dan penerbitan indie. Barisan penulis adalah nama-nama yang cukup dikenali dan buku ini menyatukan mereka semua.

Barisan penulis:  Karl Agan ǀ Azhar Ibrahim ǀ Kerusi Sepi ǀ Api Husein ǀ  Shahirul Hamdi ǀ
                             Farel Flitzer ǀ Corbis Razak ǀ Petak Daud

Prakata: Riduan A.dullah

Buku ini berharga RM15 dan hanya boleh didapati pada event-event atau secara online. Postage RM5 dikenakan untuk kos penghantaran. Tiada GST dikenakan. 

Untuk Pre-Order boleh membuat tempahan di :

Depresszine@gmail.com atau whatsapp 010-2995308.

Sertakan Nama:
Alamat: 
No.Phone: