Monday, 24 July 2017

#PoetryPalooza - After event.

Poetry Palooza yang pertama di Johor Bahru telah pun berlangsung pada 15hb Julai 2017 dengan jayanya. Acara penyampaian puisi dan lagu-lagu akustik telah berjaya menarik minat lebih 70 orang untuk hadir ke Embrace Hall,Johor Bahru. 

Bukan sekadar itu, tetapi #PoetryPalooza juga berjaya menjadi trending no.1 di twitter selama 5 jam pada 15hb Julai 2017. Sesuatu yang diluar jangkaan tetapi juga meramalkan sesuatu yang baru dan mendapat sambutan masyarakat terutamanya golongan muda. 

Band Irama memulakan acara dengan persembahan akustik mereka. 

Pengunjung mengambil gambar bersama beberapa pemuisi pada #PoetryPalooza


Farel Omar selaku organizer memberikan sedikit intro kepada semua yang hadir tentang #PoetryPalooza  

Antara tetamu yang hadir, cuma 35 kerusi yang disediakan dan ramai terpaksa berdiri. *pujian bagi mereka

#PoetryPalooza merupakan satu platform yang disediakan oleh De'Press Art kepada masyarakat yang berminat dengan puisi untuk melihat secara langsung bacaan puisi dari pelbagai ganre. Ruang ini juga dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin cuba menyampaikan puisi.


Riki Maulana- Menyampaikan satu puisi dari Rendra bertajuk "Pesan Pencopet kepada pacarnya". Boleh lihat persembahan beliau di youtube. https://youtu.be/2xU3_FhYl0o





Pengunjung merakam gambar bersama-sama organizer dan peserta #PoetryPalooza 



Untuk melihat antara persembahan puisi dan akustik bolehlah ke youtube dan cari 
"Poetry Palooza Embrace Hall" 


De'Press Art ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi melibatkan diri dengan #PoetryPalooza dan menjadikan acara ini berjaya dengan cemerlangnya. 


Wednesday, 7 June 2017

#PoetryPalooza



15hb Julai 2017, Panda akan buka pentas #PoetryPalooza untuk penggemar, peminat dan yang ingin tahu tentang puisi. Panda bawakan rakan Panda saudara Petak Daud dari Keramat Kuala Lumpur sempena jelajah puisi; Merenung Matahari Mac. 



Petak Daud adalah seorang anak muda dari Keramat Kuala Lumpur. Beliau bermula dengan menulis zine pada usia 15 tahun sebelum menulis bersama Dubook Press. Zine siri Petak bertajuk "Tulisan Tangan" yang diterbitkan dalam beberapa siri. 

Antara buku tulisan Petak Daud adalah :- 

Menuju Nafas Terakhir
Petak
Rasok
Perempuan Tua di Kedai Sup
Seorang Perempuan di Jalan Alor
Santun
Sajak Sajak Kering 
 Cocktale 



Friday, 19 May 2017

C'est la vie!




C'est La Vie adalah pendekatan terbaru sukarelawan #Kolektivis membantu golongan orang orang yang kurang bernasib baik di kawasan sekitar Johor Bahru. 

Panda dan rakan-rakan turut serta dalam acara yang dianjurkan rakan-rakan kami di #Kolektivis dengan membantu golongan gelandangan, orang kurang upaya dan komuniti di kawasan Bandaraya Johor Bahru. "Makanan bukan periuk api!" adalah slogan yang digunakan untuk mencapai matlamat membantu sesama umat manusia.  

Selain pengagihan makanan, #Kolektivis juga menyediakan pakaian kepada mereka mereka yang kurang bernasib baik dengan bantuan sumbangan orang ramai yang hadir pada acara tersebut. 


Mereka juga turun mengundang rakan rakan lain untuk mempuat persembahan akustik dan bacaan puisi. Di samping itu juga terdapat rakan rakan buku jalanan Pontian dan Batu Pahat yang hadir membawa naskah naskah bacaan buat pengunjung yang hadir untuk menaikkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat. 





para sukarelawan juga turut menyediakan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma 






*Credit Gambar kepada Nora & Mulo & Azdae Ajirin


Barisan Sukarelawan #Kolektivis 




Tuesday, 2 May 2017

#IndependentArtMarket2 - Laporan Penuh



#IndependentArtMarket2 telah pun berlangsung pada 29hb April 2017. Acara ini juga disekalikan dengan sambutan ulang tahun De'Press Art yang ke-4. Mari kita ikuti acara penuh pada hari tersebut. 



Objektif utama Independent & Art Market adalah sebagai sebuah platform kepada masyarakat untuk mempamerkan hasil seni mereka. Ianya tidak dikhususkan untuk sesuatu jenis seni sahaja tetapi merangkumi semua jenis seni yang ada. 

Pada acara pertama yang dilangsungkan pada Februari yang lalu, ia lebih dikhusukan untuk pengiat musik disekitar Johor Bahru. Walaupun mendapat sambutan yang menggalakkan, objektifnya kurang tercapai kerana hanya golongan pengiat musik yang diraikan dan hasil hasil karya lain seperti lukisan, coretan, jahitan, serta pelbagai lagi hasil seni lain yang terdapat pada waktu itu diabaikan oleh pengunjung yang hadir. 

#IndependentArtMarket2 membawakan kelainan, ia dilangsungkan dengan aturcara yang lebih santai buat para pengunjung. Beberapa forum dan wawancara dimasukkan ke dalam aturcara majlis.  



Wawancara 1 : Air Pasang Pagi - Tok Rimau
Wawancara 2 ; Pelancaran musik video terbaru "Antara Mereka" - The Humming Bird
Forum 1: Bercucuk Tanam - Kolektif Kupu-Kupu Aceh 
Forum 2 : Embrace Hall "Ruang Pengiat Seni" - Khairul Fahmi. 

Selain wawancara dan forum, Independent & Art Market juga mempunyai slot akustik dan bacaan puisi dari bakat bakat baru sekitar Johor Bahru. Acara kali ini dilihat lebih meriah dan lebih tenang dengan program yang lebih santai untuk para pengunjung. Pengunjung di lihat mempunya masa yang lebih panjang untuk mengunjungi booth booth jualan dan melihat hasil hasil karya yang dijual. 

 


Acara kedua ini lebih mencapai matlamatnya sebagai acara yang menyediakan platform untuk masyarakat mempamerkan hasil seni mereka. 


Farel Omar - Founder dan organizer untuk #IndependentArtMarket2 membacakan puisi puisinya dari zine terbaru #RiotPoet

"Haru" menyampaikan puisi tulisannya dan menjadi satu satunya peserta yang menyampaikan puisi dengan cara "Spoken Word" 

Tiya - Antara peserta yang menyampaikan puisi dalam bahasa Inggeris. 

Mirul - Citizen21 menyampaikan lagu lagu akustik dari band beliau  Citizen 21 

Yasmine Lazuli dengan puisi dari Chuck Bukowski

Syed Ahmad (berdiri) dan Sharan

Jabit menyampaikan lagu lagu akustik 

Hellme - Menyampaikan puisi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris 

Hidayat dari -The Embassy menyampaikan beberapa lagu cover untuk menghiburkan peminat. 

Campuran antara akustik dan juga bacaan puisi berjaya menghiburkan peminat. #IndependentArtMarket2 ini juga menyambut ulang tahun De'Press Art yang ke-4. Acara ini mempunyai tema pakaian Hitam dan Putih. Wang tunai sebanyak RM50 diberikan kepada pengunjung yang memakai pakaian terbaik mengikut tema pada hari tersebut. Pengunjung juga teruja apabila De'Press Art mengadakan cabutan bertuah dengan menyediakan lebih 30 hadiah.

Saudari Ira memenangi wang tunai RM 50 untuk pakaian terbaik. 








Antara pengunjung yang mendapat hadiah cabutan bertuah
Bersama Adam dan Epul dari The Humming Birds sewaktu pelancaran video musik terbaru mereka "Antara Mereka"

Wawancara bersama Tok Rimau mengenai buku terbarunya "Air Pasang Pagi"







Friday, 7 April 2017

Independent Art Market #2


Independent Art Market #2 akan diadakan pada 29hb April 2017 di Embrace Hall Johor Bahru. 
Acara ini juga akan menyambut ulang tahun ke 4 De'Press Art sebagai sebuah kolektif seni. 

Para peniaga akan mendagangkan hasil barangan seni seperti Lukisan, Doodle, Tote Bag, Barangan D.I.Y, CD, Vinyl, Kaset, T-Shirt dan bermacam-macam lagi. 


Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan akustik dan bacaan puisi dari bakat bakat baru Johor Bahru dan kawasan sekitar. 


Sempena menyambut ulang tahun ke 4 kolektif De'Press Art, acara ini akan mempunyai tema pakaian Hitam & Putih. 

Terdapat 30 hadiah cabutan untuk di menangi dan hadiah wang tunai sebanyak RM 50 untuk pakaian terbaik mengikut tema acara. 



Kami juga ada wawancara langsung yang akan menemuramah Tok Rimau dan bercerita tentang buku terbarunya "Air Pasang Pagi". Selain itu, kami akan wawancara saudara Fahmi yang merupakan pemilik Embrace Hall dan menceritakan tentang sejarah tempat itu sendiri. Kami juga ada saudara Akeem Keroncong, seorang pelukis dan pengiat seni jalanan (Strees Art) yang akan berkongsi pengalaman beliau dalam dunia seni Jalanan ini.  



Kami akan adakan juga bengkel D.I.Y poster making / Coffee Butter dan pameran lukisan dan potongan kayu daripada Wak Kang dan Yudi - Kolektif Kupu-kupu Acheh 

Serta Jemputan Khas "Sekutu Ghuraba" yang akan menceritakan tentang jerayawara teater "JagohKampung"