Thursday, 27 June 2013

Introduksi Kami



@DepressArt ditubuhkan pada bulan March 2013 dan pada bulan May 2013 telah bergabung dengan @AsonansiHati untuk membentuk satu kolektif.

Hasilnya, sejak pergabungan ini kami mula dikenali menerusi "Pesta Puisi" yang kami lakukkan setiap malam dengan tema-tema tertentu ataupun bebas dengan menjemput sesiapa yang sudi untuk berpuisi bersama kami.

Tujuan kami mudah - Menjadi  dan menyediakan platform bagi pemuisi, pelukis serta segala bentuk seni untuk diketengahkan didalam zine, buku mahupun acara yang akan dilakukan. (didalam perancangan masa depan). Kami tidak lakukan semua ini demi nama atau kemahsyuran... kerna kami ini NPO (NON-PROFIT ORG) hanya untuk suka-suka berkarya. Jika anda ingin famous dan terkenal kami bukan lah kolektif yang mampu berbuat demikian untuk anda. Mungkin akan terkenal... tapi dengan tidak sengaja...

@DepressArt dan @AsonansiHati -Sedang dalam process penerbitan buku #Jilat yang sepertinya mendapat tentangan dan dugaan yang hebat... tapi kami tetap akan berusaha kerna tidak mahu mengecewakan penulis
yang telah menghantar karya mereka bersama kami.

Untuk Projek Zine pula... kami sedang mengumpul bahan dan kerja-kerja mengedit akan dilakukan dlam bulan puasa nanti. Zine pertama kami adalah #HashTag.

Kami akan berkongsi maklumat lebih lanjut didalam twitter kami.

Sekian untuk kali ini.

Salam Kasih Sayang,

Panda











Thursday, 11 April 2013

Draft Kedua

Process menyunting artwork terakhir sedang dilakukan dan diharap dapat berakhir minggu hadapan.

Dalam masa yang sama, masih mencari syarikat pencetak yang mampu san sudi untuk mencetak buku ini nanti... 

Diharap sekalian anda dapat bersabar... bukan mudah untuk publish satu buku lebih-lebih lagi jika usaha ini dilakukan sendiri... 

tapi syukur telah ada bantuan-bantuan dari kenalan yang support De'Press Art. 

Terima kasih kepada anda. 

Monday, 1 April 2013

Misi Publish Buku Pertama

Pada awalnya... Buku ini dijanjikan untuk diterbit dibawah satu kolektif yang sudah lama bertapak cuma kurang aktiviti dan komitment mungkin... tapi selepas pengumpulan penulis... dan sebuah projek... tetap tidak menampakkan apa2 hasil...

Antara sebab mengapa De'Press wujud selepas kegagalan untuk menghidupkan kembali sebuah kolektif lama yang nampaknya dibiar usang...

Maka Projek pertama kami adalah #Jilat


Buku ini menampilkan 9 orang penulis yang baru dan juga yang pernah menulis untuk kolektif-kolektif yang lain selain kami. Buku ini mengandungi penulisan bebas penulis yang berbentuk cerpen dan juga puisi.

Penulis-penulis yang sudi menyumbangkan karya mereka kepada kami adalah :-
@Epoipulot
@KhamizanKhalid
@Arabellachester
@Khairunnisazaki
@EyaAzmi
@NurulFyka
@Manusiaekstinsi
@NrSyzna
@Farelflitzer

Draft telah pun siap dan akan dihantar untuk dicetak. Hanya menanti maklum balas beberapa kedai pencetak dan kami akan memilih kedai pencetak yang sesuai agak buku ini punya kualiti. Kami berharap anda dapat menyokong projek pertama kami ini apabila buku telah pun siap di cetak nanti.

Saturday, 30 March 2013

Mengotakan janji...

Wujud sebuah lagi kolektif... sepertinya belum cukup banyak dan belum cukup impak dari kolektif- kolektif sebelumnya... tak kisah lah... wujudnya kami hanya untuk suka-suka dan memberi ruang dan peluang kepada anda- anda di luar sana yang ada jiwa kesenian dalaman walaupun tanpa sedar...

Kami inginkan penulis.. cerpin... puisi... syair... gurindam... pengubah lagu... photographer... pelukis... atau apa jugak jenis form art anda untuk di ketengahkan... yang paling tepat... seni original anda sendiri...

Kami tak boleh menjanjikan populariti anda.. kerna kami tidak berseni untuk glamour... kami cuma ada platform untuk mengetengahkan bakat seni anda... menerusi buku-buku dan zine yang kami publish.. serta event-event yang bakal kami buat...

Kami mencari sukarelawan yang ingin sertai kami diawal penubuhan kami dan tetap terus barsama kami hingga akhir...