Panda ada umumkan semalam yang Panda nak buat satu Zine untuk menghargai setiap followers Panda yang berpesta puisi dengan Panda setiap Malam.
Setiap tweet yang ber hastagkan tema-tema yang dianjurkan saban malam oleh mereka-mereka yang menyertai pesta puisi ini akan dimasukkan kedalam satu Zine yang bertajuk #Hashtag.
Tapi terdapat percanggahan pendapat mengatakan nanti ada rakan-rakan Panda yang akan marah dengan tindakkan ini.
Niat Panda cuma mahu melihat rakan-rakan Panda menjadi penulis dan sama-sama menulis dan terus menulis lagi.. moga-moga Zine yang bakal keluar ini dapat memberi inspirasi agar terus berkarya tanpa jemu kerna ada @Depressart yang menyediakan platform untuk kamu-kamu mengetengahkan penulisan kamu.
Dalam Zine ini nanti... akan ada jugak Art work berbentuk lukisan.
Tapi kawan-kawan benarkan ke Panda men -zine-kan puisi-puisi anda-anda sekalian?
Walaupun dalam setiap puisi tweethandle pemuisi akan dipaparkan... Panda masih ragu untuk teruskan dengan projek ini.
Panda ingin tahu jika ada sokongan.
Salam Kasih Sayang
Panda
Friday, 12 July 2013
Monday, 8 July 2013
Pemenang Kontest #PuisiLari
Berlari mencari,
Mimpi tak ditemui.
Berlari-lari,
Terjatuh lagi.
Bangkit dan lari,
Lagi, lagi dan lagi.
#puisiLari
Tahniah Kami Ucapkan Kepada Pemenang kontest #PuisiLari
kiraan diambil dari jumlah Retweet dan Favourite dari kalangan followers.
Kepada semua yang mengambil bahagian kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan diharap terus menyokong @DepressArt & @AsonansiHati.
Kami akan mengadakan lain-lain kontest dimasa-masa akan datang diharap yang tidak berjaya boleh terus lagi mencuba.
Salam Kasih Sayang,
Panda
Sunday, 7 July 2013
Finalist Kontest #PuisiLari
Kontest ini pada mulanya bukanlah anjuran kami...
Kami cuma promo untuk @JomLari atau sekarang @Wearelari... Kami lihat seperti tiada kesungguhan dari mereka tidak seperti kebanyakkan followers @DePressArt dan @AsonansiHati yang beriya-iya menyertai
kontest ini.
Kami mengambil keputusan sendiri demi followers kami dan akan menghadiahkan ini kepada pemenang:-

Panda baru dapatkan tanda tangan Kak Fynn kelmarin. Walau Kak Fynn pujaan hati Panda, buku ini akan jadi milik pemenang kontest ini kerana Panda lebih sayangkan kawan-kawan yang support Panda dan Asonansi Hati.
Berikut adalah finalist Kontest #PuisiLari
Pada syahdunya irama yang dialun, zikir-zikir keramat memuji, doa dan
tahjud meminta. Aku tlh enjauh dari semua. Lari dari thn. #PuisiLari
aku yang berlari jauh dari mentari hingga yang terjelas cuma cahya dari
bias mentol di sudut gua kelam sendiri. #puisiLari
Lari aku mengejar bayang2 waktu Mencuba utk kembali kepada masa Tika kau
dan aku pengertiannya cuma "Dunia ini Milik kita" #PuisiLari
Lari dari yg gelap untuk terjah cahaya benderang.Tapi terkial menahan
cucuh cahaya; terjelepuk.Maka dipaling semula; malap. #PuisiLari
Biar dibutakan.Biar ditindaskan.Biar dipijakkan. Kita punya Tuan,yg
sentiasa perhati. Biar nanti karma berlari kejar mereka. #puisiLari
Apa guna kau sembunyi? kalau hitammu sudah dihadapan dan putihmu itu
hanya terlihat kecil dimata manusia. Apa bisa kau lari? #puisiLari
Jauh-jauh aku lari makin jauh tuk gapai mimpi Jauh-jauh aku pergi moga
aku tak lalai; dalam dunia ku sendiri #puisiLari
acap kali aku lihat manusia mencari Tuhannya.. -- tapi acap kali juga
aku lihat mereka lari dari Tuhan yang sudah mereka temui. #puisiLari
Kau kena tabah. Setakat rabak hati itu belum apa-apa. Jangan lari. Tetap
melawan.Kau pasti bisa. #puisiLARI
Kalau bisa; aku mahu lari dari mereka,
Lari dari manusia.
Biar aku hilang tanpa aksara,
Dari hilang di cerna isi dunia,
#puisiLari
Sampai bila lagi?
Kau mahu begini?
Kau takkan pernah dapat lari,
Dari dunia yang keji,
Jadi berhenti berlari. #puisiLari
hidup ini bukan sekadar berdiri atas kaki sendiri - tapi perlu juga
berjalan dan berlari - tanpa topang disisi #puisiLari
Saat langkah menderas berlari. Aku kenal siapa kawan siapa lawan. jadi
aku akan terus berlari biar membongkar setiap ilusi #puisiLARI
Kau sibuk emo
Kau sibuk drama
Kau sibuk cakap
Kau sahaja betul
Kau tidak sedar
Aku dah bersepatu
Lari meninggalkanmu.
#puisiLari
Jangan kejar aku. Jangan cari aku. Penat aku lari dari perasaan itu.
Pergi, aku tak mahu rasa rindu. #puisilari
Lari aku dr dunia pnh kontroversi,lari jauh dr segala sangsi,lari dr prejudis bias angkuh meratpi.Biar aku dpt lari dr jelak bumi #puisiLari
Berlari mencari,
Mimpi tak ditemui.
Berlari-lari,
Terjatuh lagi.
Bangkit dan lari,
Lagi, lagi dan lagi.
#puisiLari
Panda akan berbincang dengan Panda lain dan Abam2 Asonansi Hati untuk mengadili finalist ini.
Salam Kasih Sayang
Panda
Salam Kasih Sayang
Panda
Thursday, 27 June 2013
Introduksi Kami
@DepressArt ditubuhkan pada bulan March 2013 dan pada bulan May 2013 telah bergabung dengan @AsonansiHati untuk membentuk satu kolektif.
Hasilnya, sejak pergabungan ini kami mula dikenali menerusi "Pesta Puisi" yang kami lakukkan setiap malam dengan tema-tema tertentu ataupun bebas dengan menjemput sesiapa yang sudi untuk berpuisi bersama kami.
Tujuan kami mudah - Menjadi dan menyediakan platform bagi pemuisi, pelukis serta segala bentuk seni untuk diketengahkan didalam zine, buku mahupun acara yang akan dilakukan. (didalam perancangan masa depan). Kami tidak lakukan semua ini demi nama atau kemahsyuran... kerna kami ini NPO (NON-PROFIT ORG) hanya untuk suka-suka berkarya. Jika anda ingin famous dan terkenal kami bukan lah kolektif yang mampu berbuat demikian untuk anda. Mungkin akan terkenal... tapi dengan tidak sengaja...
@DepressArt dan @AsonansiHati -Sedang dalam process penerbitan buku #Jilat yang sepertinya mendapat tentangan dan dugaan yang hebat... tapi kami tetap akan berusaha kerna tidak mahu mengecewakan penulis
yang telah menghantar karya mereka bersama kami.
Untuk Projek Zine pula... kami sedang mengumpul bahan dan kerja-kerja mengedit akan dilakukan dlam bulan puasa nanti. Zine pertama kami adalah #HashTag.
Kami akan berkongsi maklumat lebih lanjut didalam twitter kami.
Sekian untuk kali ini.
Salam Kasih Sayang,
Panda
Thursday, 11 April 2013
Draft Kedua
Process menyunting artwork terakhir sedang dilakukan dan diharap dapat berakhir minggu hadapan.
Dalam masa yang sama, masih mencari syarikat pencetak yang mampu san sudi untuk mencetak buku ini nanti...
Diharap sekalian anda dapat bersabar... bukan mudah untuk publish satu buku lebih-lebih lagi jika usaha ini dilakukan sendiri...
tapi syukur telah ada bantuan-bantuan dari kenalan yang support De'Press Art.
Terima kasih kepada anda.
Monday, 1 April 2013
Misi Publish Buku Pertama
Pada awalnya... Buku ini dijanjikan untuk diterbit dibawah satu kolektif yang sudah lama bertapak cuma kurang aktiviti dan komitment mungkin... tapi selepas pengumpulan penulis... dan sebuah projek... tetap tidak menampakkan apa2 hasil...
Antara sebab mengapa De'Press wujud selepas kegagalan untuk menghidupkan kembali sebuah kolektif lama yang nampaknya dibiar usang...
Maka Projek pertama kami adalah #Jilat
Buku ini menampilkan 9 orang penulis yang baru dan juga yang pernah menulis untuk kolektif-kolektif yang lain selain kami. Buku ini mengandungi penulisan bebas penulis yang berbentuk cerpen dan juga puisi.
Penulis-penulis yang sudi menyumbangkan karya mereka kepada kami adalah :-
@Epoipulot
@KhamizanKhalid
@Arabellachester
@Khairunnisazaki
@EyaAzmi
@NurulFyka
@Manusiaekstinsi
@NrSyzna
@Farelflitzer
Draft telah pun siap dan akan dihantar untuk dicetak. Hanya menanti maklum balas beberapa kedai pencetak dan kami akan memilih kedai pencetak yang sesuai agak buku ini punya kualiti. Kami berharap anda dapat menyokong projek pertama kami ini apabila buku telah pun siap di cetak nanti.

Saturday, 30 March 2013
Mengotakan janji...
Wujud sebuah lagi kolektif... sepertinya belum cukup banyak dan belum cukup impak dari kolektif- kolektif sebelumnya... tak kisah lah... wujudnya kami hanya untuk suka-suka dan memberi ruang dan peluang kepada anda- anda di luar sana yang ada jiwa kesenian dalaman walaupun tanpa sedar...
Kami inginkan penulis.. cerpin... puisi... syair... gurindam... pengubah lagu... photographer... pelukis... atau apa jugak jenis form art anda untuk di ketengahkan... yang paling tepat... seni original anda sendiri...
Kami tak boleh menjanjikan populariti anda.. kerna kami tidak berseni untuk glamour... kami cuma ada platform untuk mengetengahkan bakat seni anda... menerusi buku-buku dan zine yang kami publish.. serta event-event yang bakal kami buat...
Kami mencari sukarelawan yang ingin sertai kami diawal penubuhan kami dan tetap terus barsama kami hingga akhir...

Subscribe to:
Posts (Atom)