Thursday, 9 August 2018

POETIC VIBES TICKETS READY FOR BOOKING!!!!



Book your tickets now!!!! 

Whatsapp 0197139900 
Name: 
Email: 
No. of tickets: 


Tickets are being book fast, only 100 tickets available. 


Ticket are to be redeem at the venue 1 hour before the show starts on event date. 
Due to the limited tickets, we'll give priority for the first one to book their tickets. 
Looking forward to see you there. 

Tuesday, 7 August 2018

The 15th Johor Arts Festival Official Logo

THE 15TH JOHOR ARTS FESTIVAL : POETIC VIBES


Sekali lagi, kami diberikan kepercayaan untuk mengelolakan acara #PoeticVibes pada tahun ini sebagai pembuka acara Johor Arts Festival yang ke-15. Pada edisi kali ini kami membawakan content yang baru dan lebih baik kepada anda. Poetic Vibes bukan sekadar acara bacaan puisi tetapi juga perkongsian ilmu. 

#PoeticVibes bakal berlangsung pada 1hb September 2018, bertempat di restoran Sedap Corner Johor Bahru beralamat 11, Jalan Abdul Samad. Acara akan bermula tepat jam 3 petang dan di jangka akan tamat pada jam 6.30 petang. Anda di galakkan untuk hadir lebih awal ke venue untuk mengelakkan kesesakkan dan kehabisan tiket tempat duduk.  

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang zine? Kami mulakan acara dengan pengenalan zine dan cara-cara asas bagaimana untuk menghasilkan zine itu sendiri. Pada hari tersebut, kami juga akan melancarkan zine solo pertama pada tahun ini karya Arina Leow yang bertajuk #Singularity 

Untuk peminat-peminat seni puisi, kami bawakan para pemuisi dari #JBPoetSociety yang mempunyai variasi gaya yang pelbagai. Anda bakal menyaksikan acara yang akan merubah perspektif dan pemikiran anda. 

Kami juga bakal menampilkan band duo adik-beradik dari BurnDaBox yang bakal menhiburkan anda dengan musik-musik akustik mereka.  


Acara utama pada hari tersebut adalah jerayawara buku #TariPasarPerempuan oleh penulisnya Fazleena Hishamuddin. Dia juga bakal mempersembahkan sebuah #MonoDrama pada acara tersebut khas buat warga Johor Bahru yang hadir ke acara tersebut. 



Tuesday, 24 July 2018

Sekitar Selepas Senja





Pada 7 Julai yang lalu, telah pun berlangsung acara Selepas Senja yang merupakan acara tertutup anjuran #JBPoetSociety. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Educity Commons kerana telah sudi memberikan tempat untuk kami berkumpul dan berinteraksi. 

Acara #SelepasSenja ini adalah sempena pelancaran zine terbaru #CikguSurayaII yang merupakan sambungan kepada zine #CikguSuraya yang telah dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. 

Selain dari itu, acara Selepas Senja ini juga bertujuan untuk mengumpul para pengiat seni puisi dan penulisan cerpen untuk menyampaikan karya-karya mereka agar dapat dibincangkan dan dikongsi. 





#JBPoetSociety juga ada membuat jamuan BBQ buat para tetamu yang datang. Kami ingin berterima kasih kepada semua jemputan yang sudi menhadirkan diri pada acara ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih khas buat Saudara Azhar Ibrahim dan Isteri yang sudi menghadirkan diri berkongsi karya , pengetahuan dan pengalaman kepada generasi muda dalam penulisan puisi dan cerpen. 











Kami bercadang untuk membuat acara seperti ini sekali dalam sebulan dan mengumpulkan lebih ramai pengiat seni puisi dan pengkarya-pengkarya lain. Jika ada berminat untuk mengikuti acara-acara kami boleh la ikuti facebook @DePressArt atau email kepada kami di Depressart@gmail.com



Wednesday, 4 July 2018

Selepas Senja - "Launching zine Cikgu Suraya II"


JB Poet Society akan membuat satu acara tertutup pada 7hb Julai 2018 bertempat di Educity Commons, Iskandar Puteri. 

Acara mini ini adalah untuk mempersembahkan zine terbitan terbaharu iaitu "Cikgu Suraya II". 
Beberapa penulis akan hadir untuk membaca cerpen Cikgu Suraya karya masing-masing. Untuk terbitan bahagian dua ini, kami tidak akan membuka pre-order ataupun pembelian melalui pos. Kami cuma akan mencetak 50 naskah sahaja dan ia cuma boleh di dapati melalui acara-acara anjuran kami. 

Selain zine launching, acara "Selepas Senja" juga akan mengadakan forum puisi dan zine serta sedikit jamuan makanan sempena hari raya. 


Sunday, 27 May 2018

Iftar @ Educity Commons with JB Poet Society




Sabtu lalu kita telah pun mengumpulkan beberapa pemuisi dari Jb Poet Society untuk kita bersama-sama berbuka puasa di Educiy Commons. Rancangnya cuba 8 orang tapi bercambah menjadi 14 orang. Alhamdulilah, makanan semua cukup. 

Perjumpaan hari tersebut adalah untuk memperkenalkan ahli baru yang menyertai kami kepada para pemuisi yang lain dan kita perdengarkan satu persatu bacaan dari mereka untuk memberikan pendedahan dan juga bimbingan dalam mendeklamasikan puisi. 


















Tuesday, 15 May 2018

Zine #CikguSuraya -Official Launch

Hari ini, 16 Mei 2018 setelah 2 tahun berehat, akhirnya De'Press Art mengeluarkan zine terbarunya #CikguSuraya. Projek ini yang pada asalnya merupakan projek buku tapi di tukar kepada zine dua bahagian agar projek ini tidak lagi tertangguh. Terdapat 12 cerpen kesemuanya dan dibahagiakan kepada dua edisi. Edisi yang pertama ini hanya akan dicetak sebanyak 50 naskah sahaja.

Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi nombor 010-2995308.
Harga Rm10 termasuk postage dan penghantaran. 




cara tempahan: whatsapp 0102995308 (Rm10 senaskah) 1) Buat bayaran pada nombor akaun yg diberi 2) Sertakan resit bayaran 3) Beri nama penuh, alamat & nombor phone selepas bayaran dibuat 4) Tunggu postage sampai. *Pos dibuat setiap Ahad. Sahaja.

Cerita Dalam Bahagian Pertama Zine #CikguSuraya


Monday, 14 May 2018

Cerita Akustika Puisi - Pasca Acara

Acara #CeritaAkustikaPuisi telah pun berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2018.Acara yang pertama kali diadakan pada waktu malam di Educity Commons, Iskandar Puteri ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengunjung. Meskipun hujan di waktu petang, ia tidak menghalang para pengemar sastra untuk menghadirkan diri bersama-sama dengan alhi keluarga. Terima kasih dan syabas buat semua yang hadir.

Educity Commons, Iskandar Puteri

Acara yang bertemakan batik ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh pengunjung apabila hampir semua yang hadir berpakaian batik. Para pengunjung juga disajikan dengan minuman kopi panas sepanjang acara ini berlangsung. Pengunjung yang datang awal dan mendapat goodie bag berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang telah disediakan.

Acara bermula tepat jam 8 malam dan dimulakan dengan persembahan akustika oleh saudara Yuslisham yang mendendangkan lagu-lagu puisi ciptaannya. Antaranya adalah Kota Panchor. Setelah itu para hadirin di perdengarkan bacaan puisi oleh bakat-bakat muda Johor Bahru. 

Farahanem Mensour

Lisa Ali 

Acung

Nafysah

Kami sangat  berbesar hati kerana Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan sudi untuk turut serta dalam acara ini dan memberikan pengkongsian tentang sejarah tamadun Melayu serta memberikan pengenalan tentang fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami berterima kasih kepada Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP yang memberikan perkongsian yang menarik buat para hadirin khususnya golongan belia. Diharapkan bentuk kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang untuk golongan muda belia yang meminati sastera dapat menimba seberapa banyak ilmu dan memperkembangkan bakat yang mereka ada. Penghargaan istimewa juga kepada Tuan Abang Haliman Haji Abang Julai, pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan atas sokongan beliau pada acara ini. 

Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP 


Penyampaian cenderahati oleh Farel Omar (Pengasas dan Pengarah Seni De'Press Art) kepada Puan Rabiáhtuladawiyah Md Saleh, Penolong Pengarah (Sastera) DBP 
  
Selain puisi dan musik akustika, para pengunjung juga diperkenalkan dengan bacaan cerpen oleh Encik Dharmalingam dan juga Mumtazul Ilyani yang masing-masing menyampaikan cerpen dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pengenalan baca cerpen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan penulis muda untuk berkarya dan menyampaikan karya mereka dalam bentuk penceritaan. Sama seperti penulis puisi yang menyampaikan bacaan puisi karya mereka kepada khalayak umum. 

Mumtazul Ilyani

Dharmalingam 

Kami ingin berterima kasih kepada Educity Commons, Educity Iskandar Puteri yang telah memberikan ruang kepada kami untuk mengadakan acara ini. Kami turut ingin merakamkan penghargaan kepada Team LabDNA yang memberikan peluang ini kepada kami serta membantu kami dalam operasi untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar. 

Kami juga turut berterima kasih kepada setiap hadirin yang menghadirkan diri dalam acara ini walau keadaan cuaca yang hujan pada permulaannya dan terus bersama-sama dengan kami hingga akhir acara. Jumpa lagi dalam acara-acara yang akan datang. 



Wajah-Wajah Cerita Akustika Puisi 




Terima kasih kepada para hadirin yang memakai baju batik yang merupakan tema pada acara ini. 





Ahmad Pintu - Puisi Merpati Dua Sejoli

Lisa Ali - Puisi Lelaki Kecilku








Izzat Hassan - Lagu "Salahku"

Din Salikin - Pengagas Toko Estetika









The Coffeemates