Tuesday, 3 September 2019

Kembara ( Terakhir) Album " D' Antara Kita " The Pinholes


The Pinholes bakal mengadakan sebuah acara kembara mereka yang terakhir. Mereka memilih Johor Bahru sebagai destinasi kembara terakhir mereka kali ini.


Kembara ini adalah bertujuan untuk mempromosikan album D’Antara Kita yang telah mereka rilis sekitar hujung tahun 2017. Album ini ditulis dengan kesemua lagu berbahasa Melayu.



Buat mereka yang ingin memeriahkan lagi kembara terakhir kugiran ini boleh rujuk info di poster dan dapatkan tiket masuk anda hari ini kerana tempat adalah terhad.



Datang dengan senyuman dan pakailah pakaian yang cantik untuk berdansa bersama mereka, dan sebuah band glam-rock The Rudean, selain dua orang DJ yang bakal memutarkan piring hitam irama klasik.
- @bypassonline




Tarikh : 28th Sept '19
Masa : 7mlm (Pintu Dibuka)

Tempat : Sixers Barbershop /Rokewela.
No.37-01, Jalan Dataran Larkin (Larkin) 80350 Johor Bahru,


Tema : 
Bring Back The Vibes


Pertandingan pakaian terbaik lelaki dan wanita akan mendapat hadiah istimewa daripada @thepinholes

Tiket: MYR 30 
Pintu: MYR 35 
Penampilan khas: 
DJ Honey
The Beat Minor
The Rudean


Ticket info : 010- 2995308




De'Press Art take a listen before catching them perform live this 28th September

Click to listen --> http://thepinholes.com/

Gema Malam


Gema Malam adalah acara ambang merdeka bagi menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 62. 

Inisiatif meraikan sastera warisan ini adalah dari Produksi Teater Mengarut dan Think City dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta De'Press Art ( JB Poet Society ). Objektifnya adalah menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dikalangan masyarakat dengan pendekataan sastera warisan. 

Hadirin dihiburkan dengan persembahan pra tonton Syair Puteri Jauhar , bacaan puisi, syair, gurindam, nyanyian akustik dan pelbagai lagi. 

Selain penghayatan kemerdekaan, objektif acara ini adalah untuk mengabungkan dua generasi pemuisi muda dan yang berpengalaman untuk saling mempelajari antara satu sama lain agar warisan ini tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 

Kami juga berbesar hati dengan kesudian Persatuan Penulis Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor yang menghantar wakilnya untuk bersama-sama meraikan acara ini. 

   
Terima kasih kepada Think City selaku penganjur acara dan wakilnya Cik Faezah Ayub. 
Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan terutama Pengarahnya Puan Norhafizah Bin Mohd Husin yang sudi hadir dari mula hingga akhir acara. Serta wakil dari JKKN negeri Johor, Tuan Yusof Mohd Ali dan kesudian beliau untuk menyampaikan dua buah puisi.
 
Terima kasih buat juga buat penyajak, pemuisi, penyair, penyanyi dan pengiat teater dari Persatuan Penulis Johor, Produksi Teater mengarut serta Dari JB Poets Society 
Salam ukhwah dari kami, salam Hari merdeka


Sekitar acara Gema Malam 




































Wednesday, 24 July 2019

The Pinholes D'Antara KIta Album Tour




Hello Johor Bahru,
Mengumumkan destinasi kembara terakhir album #D'AntaraKita Oleh THE PINHOLES adalah di kota bertuah ini.

Jualan ticket presale telahpun bermula.Harga ticket adalah seperti berikut:

Dewasa: MYR 25
Pelajar : MYR 15 ( sertakan kad pelajar )

Jika anda berminat untuk dapatkan ticket untuk kembara terakhir album D'Antara Kita oleh terus hubungi : 010 299 5308

Pre sale sehingga 31 July 2019 .



Wednesday, 12 December 2018

#LuaskanKataMu - After Iskarnival

Iskandar Puteri - Iskarnival 2018 telah pun berlangsung pada 8 & 9hb Disember 2018 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Pelbagai program dan pengisian telah disediakan untuk memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat setempat. #LuaskanKataMu adalah hashtag kepada pengisian sastra yang merupakan salah satu komponen pengisian karnival pada tahun ini. 

Diilhamkan oleh Poets Passport My dengan kerjasama Makhluk Seni, JB Poets Society dan De'Press Art. Pelbagai pengisian yang melibatkan kesastraan dibuat untuk meraikan kesasteraan Johor khususnya. #SuaraHati , #Baloh , #Tulis , #Baca dan #SouthPoint. 

#SuaraHati - adalah sebuah bengkel pengenalan kepada seni persembahan puisi, Bengkel percuma ini adalah untuk mengajar asas persembahan dan perkongsian ilmu untuk berada di atas pentas. 



#Baloh - adalah suatu acara fusion yang mengabungkan konsep debat dan teknik puisi yang mewujudkan keunikan dalam penyampaian idea-idea baru kepada masyarakat. 


Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara #Baloh menyampaikan puisi kritis mereka pada acara tersebut, 

Pemenang acara #Baloh Hannan Kamaruddin

Tulis - adalah suatu peraduan penulisan mandiri yang mempertandingkan tiga kategori iaitu cerpen, certot dan puisi. Sepanjang 17 hari waktu pertandingan (20hb Nov - 7hb Dis) kami telah menerima 170 penyertaan (19 Cerpen, 14 Certot, 137 Puisi & 4 Manuskrip)

Pemenang bagi acara tulis telahpun diumumkan sewaktu acara #Baca pada 9hb Disember bertempat di Harbour Stage, Iskarnival 2018. 



Senarai pemenang bagi setiap katagori: - 




Penyampaian hadiah wang tunai kepada para pemenang pertandingan Tulis mengikut katagori masing-masing. 

Untuk kesinambungan pada acara ini, karya pemenang setiap katagori dan juga pemenang anugerah khas juri akan diterbitkan di dalam sebuah zine bertajuk #LuaskanKataMu 

Zine itu nanti akan dilancarkan pada suatu acara lain pada awal tahun hadapan. 


#Baca - adalah kesinambungan kepada #Tulis. Para pemenang acara tulis diberikan peluang untuk membacakan karya mereka kepada khalayak umum. 



#SouthPoint adalah acara bacaan puisi yang menggabungkan pemuisi dari Kuala Lumpur dan juga Johor Bahru. 
























Wednesday, 21 November 2018

Luaskan Kata Mu - #Tulis #Baca




Sempena Iskarnival 2018, satu peraduan penulisan mandiri akan dianjurkan dengan usahasama Poet Passport MY, JB Poet Society dan De'Press Art.
#TULIS merupakan pertandingan penulisan mandiri (Indie) yang berlangsung dari 20hb November hingga 7 Disember 2018.

Kategori yang dipertandingkan adalah:

Puisi
Cerpen (2500 - 5000 patah perkataan)
Certot ( 200 - 500 patah perkataan )

2 pemenang dari setiap kategori akan dipilih dan bakal memenangi hadiah wang tunai

Karyawan mestilah dari Johor atau yang menetap di Johor kerana pemenang akan diumumkan sempena acara #Baca pada 9 Disember 2018 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Selain dari hadiah wang tunai, karya pemenang juga akan diabadikan di dalam sebuah zine yang akan diterbitkan oleh De'Press Art.

Untuk yang ingin menghantar karya-karya anda,
anda boleh emailkan butiran berikut

Tajuk karya:
Nama:
Nombor Phone:

Karya Cerpen/ Puisi /Certot anda ke alamat email poetspassport.my@gmail.com

*Perhatian
1) Tema adalah bebas
2) Tiada limitasi untuk jumlah karya, anda boleh kirimkan seberapa banyak karya yang anda mahu
3) Mestilah menggunakan ejaan perkataan penuh seperti di dalam kamus dewan bahasa. Singkatan tidak dibenarkan.
4) Karya di dalam bahasa Melayu & Inggeris sahaja
5) Tiada yuran penyertaan


**********************************************************************************************************************
In conjunction with Iskarnival 2018, Poets Passport MY, JB Poet Society and De’Press Art
Will organize an independent writing contest.
#TULIS- Is an independent writing contest consist of 3 categories that will be held starting from
20th November 2018 – 7th December 2018.
The categories are:
i) Poetry
ii) Short Stories ( 2500 – 5000 words )
iii) Certot ( 200 – 500 words )

2 winners of each categories will be chosen and stand a chance to win cash prize.

Contestant must be from Johor or currently residing in Johor. This is due to the winners will be announce
During another event #BACA on 9th December 2018 at Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Aside from cash prize, the winner’s writings will be featured in a special zine that will be publish by De’Press Art. 

This is open to everyone of all races, genders and age. Those who are interested can send their writings
With below details

Poetry / Short Stories / Certot Tittle:
Name:
Phone no. :
Send your writings to  PoetsPassport.my@gmail.com

**PLEASE TAKE NOTE
1) There’s no special theme for your writings
2) There’s no limit to the number of writings and categories that you want to enter. You can send as many as you want.
3) Your writings must be in full words as stated in Kamus Dewan Bahasa. No short form is allowed.
4) All writings are in Bahasa Melayu and English only
5) There is no entry fee


#LuaskanKataMu
#Iskarnival2018
#Tulis
#Baca
#Cerpen
#Puisi
#Certot