Lemas dibawa arus bayang hitam
Pekik ramai di lorong kecil itu
Lorong yang entah dari kecil melahirkan aku
Menimbulkan seribu rasa dendam
Dendam pada mereka
Mereka yang meletakkan aku disini
Di sini yang memudarkan masa tua aku
Siang aku lena malam aku berhias
Menjadi hamba sekelompok manusia durjana
Tiba satu saat timbul rasa mahu pergi
Selangkah lautan ingin aku lari
Dari mimpi hitam ini
Aku cuma perlu dia
Dia yang bisa tunjuk aku ke nur terang
Jika kau yang sebetulnya sayang,
pimpin aku tolong,
Jika kau terlihat hitam dalam aku,
mekarkan putih tolong.
nice.
ReplyDeletetulisan yang jelas
penceritaan puisi yg bagus. metaphora dan hyperbola yg sgt mudah difahami.
Panda bagi 3 bintang (5bintang full mark)