Kunang Kunang IV telahpun berlangsung pada 12 Ogos 2017 di Lata Seri Pulai, Pekan Nenas Pontian. Acara seni tahunan yang dianjurkan kali ini menambah pembaharuan dengan mengadakan demonstrasi seni iaitu "Teknik Lukisan Water Color" dari Encik Hariri dan deklamasi sajak serta puisi.
Acara "Kunang kunang" ini sentiasa mahu membawa kelainan pada setiap edisinya bagi mengekalkan tarikan pengunjung untuk menantikan sesuatu yang baru setiap tahun.
Pameran lukisan dari Jaie Ramlee , Razali Bachok dan Finn Annuar
 |
Demonstasi teknik mewarna menggunakan warna air dari Encik Hariri |
Demonstrasi seni mewarna menggunakan warna air berjaya menarik minat pengunjung yang hadir. Ramai pelajar tingkatan 6 yang hadir untuk sesi ini dan mempelajari teknik teknik yang betul dari seorang pelukis yang berpengalaman. Kunang Kunang mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat umum terutamanya belia dan bukan sekadar acara berbentuk hiburan semata-mata dengan harapan masyarakat akan lebih menghargai seni itu sendiri.
 |
Kunang Kunang IV adalah pentas pertama buat Azrul Perry membaca puisi. |
No comments:
Post a Comment