Friday, 25 April 2014

Jika Kau by Ali

Lemas dibawa arus bayang hitam
Pekik ramai di lorong kecil itu
Lorong yang entah dari kecil melahirkan aku
Menimbulkan seribu rasa dendam
Dendam pada mereka
Mereka yang meletakkan aku disini
Di sini yang memudarkan masa tua aku

Siang aku lena malam aku berhias
Menjadi hamba sekelompok manusia durjana
Tiba satu saat timbul rasa mahu pergi
Selangkah lautan ingin aku lari
Dari mimpi hitam ini

Aku cuma perlu dia
Dia yang bisa tunjuk aku ke nur terang

Jika kau yang sebetulnya sayang,
pimpin aku tolong,
Jika kau terlihat hitam dalam aku,
mekarkan putih tolong.

Jika aku [Farah]

Bangkai maruah bergelimpangan
Sisa harapan disampahkan
Sampai hatiku tertanya
Masih ada lagikah nilai
Yang digelar kemanusiaan
Di kiri bedusta di kanan mencela
Di depan berpura di belakang bersandiwara

Lalu aku berlari jauh ke dalam semak samun sendiri
Ku lihat harimau menerkam mangsanya
Ku dengar biri biri disambar dek helangnya.

Dan aku berjalan pula ke belantara
Ku lihat semak merimbun merata
Dihalangnya kulat daripada berleluasa
Ada juga pepohon yang besar dan tinggi
Menghalan yang dibawah di sebalik matahari

Kemudian aku merasa angin
Dia terbang ke sana ke mari
Memberi arah petunjuk
Mengawal hujan yang menitik
Pabila dia marah, semua dia herdik

Jika bongkak makhluk segala
Di manakah tempat mereka selayaknya
Selepas diciptakan oleh sang Maha Sempurna?

Jika Kau [Farah]


Guruh merotan langit
Gerimis memukul badai
Dilema merogol hati perit
Berdarah hati di sebalik teratai
Cela di muka jangan ditangisi
Celaka di badan jangan kau nafi
Hingga keyakinan terabai
Sampai tisu dan otot digadai
Hingga keaslian mati
Andai saja kau pernah tahu
Kalau saja engkau sedari dulu
Jika saja kau bisa ku bantu sepenuh dayaku
Pasti kau tak akan berakhir di jalan buntu
Kerana kau dan aku itu
--adalah satu.

Thursday, 24 April 2014

JIKA KAU DARI GADIS JUMAAT

Tiap harinya kini bila labuhnya tirai malam,
Kitakan jalin rasa sayang yang dulu hilang,
Mula kait benang-benang cinta kita yang telah lama terurai,
Mula tenggelam dalam bicara tentang lembaran-lembaran manis kisah semalam.

Jika kau dulu tidak mengikut hati egomu,
Kita masih bisa berbicara begini,
Tanpa perlu ada pihak terluka,

Jika kau dulu tidak turutkan saja bicara hati cemburu menggila,
Kan elok saja kita besa bertawa canda,
Tanpa perlu fikir apa yang lainnya kata.

Jika kau dulu tidak berganjak dari aku,
Pada waktu aku mahu bersemuka ingin sujud rayu di kakimu,
Sudah tentu sekarang kita antara yang dicemburui mereka-mereka,
Kerna kebahagiaan yang kita punya dalam relung atma yang kita cipta.

Jika Kau [By: Panda Borneo]

11:16
Dua-Puluh-Lima-April-Dua-Ribu-Empat-Belas

Ini tentang seorang gadis;
ya, gadis yang pernah terluka hebat
Pada setiap arus-cerita-masa yang
menayangkan alam betapa bodohnya dia.
Lalu, pada luka-luka yang menceritakan
betapa kejamnya dunia ini.
Dia terlalu mengharap pada yang satu (Tuhan);
Setiap yang jadi, biarlah dia semakin tabah.
Biarlah dia menjadi yang lebih hebat
menahan semua dugaan.
Malah, pada setiap malam yang dia cipta
dalam dunianya,
Pada gelap yang dia semakin senang (rasanya)
Dia cipta sayap-sayap gelap
Dia tutup hati dia satu-satu.
Selimut.
Iya, dia tutup semua rasa (tiada satupun tinggal)
Lalu, dengan malam ciptaannya
pada gelap kesukaannya,
Dia terbang tinggi.
Tinggalkan semua celaka-dunia yang
menghakis segala rasa (cinta)
Sampaikan suatu masa,
dia kembali menyentuh realiti.
iya, realiti gadis yang pernah terluka hebat,
Dan,
pada setiap lembaran nota lusuh
dia karangkan satu-satu impiannya.

Jika aku,
seorang manusia
hadirkan aku tanpa perasaan
biarkan aku
menjadi manusia
yang tanpa kesakitan.

Jika aku,
seorang bidadari
jadikan aku dari sayap-sayap patah
biarkan aku
terbang tinggi
jauh dari semua manusia rapuh.

Jika aku,
seorang pencinta
jadikanlah aku pecinta yang abadi
biarkan aku
terus mencinta
tanpa perlu berhenti.

Jika aku,
seorang pemimpi
jadikanlah aku ini abadi
biar aku
terus dirindui
pada setiap malam sepi.

Itu,
satu-satu impian yang dia karang
dengan tangis
dengan luka
pada setiap nafas beratnya
dia perlahan-lahan
menutup mata
dan bertemu dengan satu-satuNya
Tuhan.


'Oh iya, ini tentang seseorang. Jika kau itu adalah dia. Dan dia adalah aku'
-Sang Pemimpi-

Thursday, 6 February 2014

Zine Sepah 2.0

Hai. Salam buat semua. Panda nak muat naik tentang Zine Sepah 2.0 ni. Duduk selesa yang mungkin. Zine Sepah 2.0 merupakan sambungan untuk Zine Sepah. Zine Sepah ni dibawah pantauan Kak BENDI(@IzzahZin). Kalau awak semua berminat boleh lah bagi karya kat dia.

ZINE SEPAH 2.0

- Karya anda hendaklah dimulakan dengan 'Kalau aku diberi peluang, aku ingin..'
- Karya anda hendaklah dalam bentuk penulisan sahaja. Cerkon digalakkan sesangat.
- SATU ORANG UNTUK SATU KARYA. Penulis baru di alu-alukan.
- Email kan karya anda ke cseamemories@gmail.com (sertakan twithandle) dengan subject 'IzzahZin Cantik, ni haa karya saya'(Kak BENDI kata dia serius tang ni)
- Hantar karya anda SEBELUM 28 Februari 2014

Haa tu dia informasi tentang Zine Sepah 2.0. Kak BENDI ingat dia cantik ke yang nak suruh buat subject gitu. Haha. Okay. Kak BENDI kata semua karya yang dia dapat akan dimuatkan dalam Zine Sepah 2.0. Tanpa limit. Okay. Tu je. Boooiii!

Wednesday, 22 January 2014

PRE-ORDER: T-SHIRT POETRY PALOOZA

         POETRY PALOOZA FEVER!!!

Semua tahukan event pertama Panda (Poetry Palooza) akan diadakan pada 8 February 2014 di Tasek Taman Jaya bersebelahan dengan Amcorpmall pada pukul 4 petang??
So, sini Panda nak habaq mai tentang T-Shirt yang akan dijual pulak haaaa.





SIZE: S sampailah XXL
WARNA: Kelabu
HARGA: RM30 (Termasuk Postage)
Pre-order: E-mailkan butiran ke depresszine@gmail.com
·         NAMA PENUH
·         NOMBOR TELEFON
·         TWEETHANDLE (twitter)
·         SAIZ BAJU
·         BILANGAN BAJU
·         BUKTI PEMBAYARAN
o   Bayarà MAYBANK
o   No. akaun: 151017152215
o   Atas nama: Mohd Shahrilnizam Omar

Engkorang bolehlah guna baju Poetry Palooza ini masa event nanti! Hiks! Yang tak boleh join sebab jauh ke busy tu, bolehlah order baju ni juga buat pakai g dating ke g hangout ke, kelasssss giteww :3

JOM PRE-ORDER T-SHIRT POETRY PALOOZA SEKARANG!!!!

Friday, 17 January 2014

Poetry Palooza

Hai hai hai kesayangan sekalian!!
Panda nak update pasal Poetry Palooza yang Panda anjurkan pada bulan FEBRUARY ini.
CHECK IT OUT GUYS!! (apa seyh keyboard panda ni keras nau nak type)


INFO! INFO! INFO!
POETRY PALOOZA

DATE: 8 FEBRUARY 2014
VENUE: TASEK TAMAN JAYA
(sebelah amcorpmall)
TIME: 16:00 / 4 PETANG sampai habis!!


PENGISIAN EVENT:

Panda akan mengadakan diskusi seni penulisan;
selain itu, bertukar-tukar pendapat dengan kesayangan sekalian.
Ada bacaan Puisi daripada sesiapa yang ingin berpuisi
(bawa instrumen sendiri jika ingin diiringi musik atau apa-apa)

Event ini adalah OpenAir sebab takda PA System.

JANGAN LUPA YA?!


Sunday, 5 January 2014

Anniversary!! URGENT Logo Competition!!




Check-check Rock-And-Roll!!!
Hallo kesayangan!

Tak sangka Depressart dan Asonansi Hati sudah hampir Ulangtahun yang ke setahun! walaupun kami masih baru dalam bidang ini tapi berkat sokongan kesayangan sekalian yang sering saja support slot yang kami adakan setiap hari, Panda ucapkan BERIBU TERIMA KASIH!!

Untuk itu.
Panda ingin membuat pengumuman mengenai cetakan baju yang bakal di-riles-kan nanti. Demi menghargai kesayangan sekalian yang telah setahun bersama kami. Panda ingin mengadakan PERTANDINGAN MEMBUAT LOGO UNTUK ASONANSI HATI. Amacam? Ada berani??

Check This Out!!!!


Friday, 3 January 2014

Salam Tahun Baru

Kepada sekalian teman-teman Panda dan Asonansi

Salam Tahun baru kelendar yunani Panda ucapkan 

Untuk tahun ini Panda akan berusaha lebih keras lagi untuk menerbitkan karya-karya kengkawan melalui penerbitan zine. Untuk projek zine yang bertemakan Sahabat Manis&Kelat yang masih belum mempunyai tajuk akan Panda terbitkan dalam bulan ini bersama-sama dengan beberapa zine lagi yang akan diberitahu kelak. 

Kolektif kami ini akan genap setahun pada bulan 4 nanti dan cadangan menyambut ulang tahun yang pertama dengan mengadakan event kecil yang akan diberitahu kelak. 

nantikan zine-zine baru terbitan Panda dan Asonansi tahun ini. 
Sokongan anda menghidupkan koletif kami

Terima kasih

Salam kasih Sayang
Panda