Friday, 9 May 2014

Masalah tiada noktah : Aip

Bingar semaksimum kelu dari rakyat-rakyat yang dicacah permasalahan
Rompong, pengkak, pekak dan ada yang bisu tertelan bahana dunia
Melihat dari lirik mata seorang hamba
Nangis gelisah ada yang pasrah
Ada yang berserah dan ada yang mengizinkan untuk dipanah biar semua segala pemikiran trntang masalah bisa kabur dari segala mentalitas yang kian berebut-rebut menetas

Permasalahan untuk semua yang bermasalah !

Kukira dikoran-koran menempelkan foto-foto yang senang-senang burjuis-burjuis berpancasila eropah-eropah meragamkan tampak segak merakamkan suara-suara kemenangan juga punya masalah
Ada dijalanan pengamen-pengamen kota bernyanyi lagu-lagu kegembiraan juga kukira lari dari permasalahan bila diwar-warkan dari naturalis jiwalis juga mereka punya masalah

Masalah untuk dunia yang bermasalah !

Meski lari kesempadan greenland yang temboknya ais eskimo-eskimo itu juga punyai masalah
Biar kekancah yang individualis-individualis nya tersenyum megah itu juga punyai masalah
Apatah lagi para-para saudara yang kembali ke pencipta yang dunianya penuh cela itu juga punyai masalah

Masalah untuk mereka yang lari dari masalah !

Masalah dicipta untuk dunia 
tiada masalah tiadalah dunia
untuk apa kita lari dari masalah kalau masalah itu memang untuk kita?

Pelarian- Eyan

Sudah terlalu lama aku lari dari kenyataan.
Masih berpaut pada janji yang entah bila kau tunaikan.
Pada setiap ruang-ruang sepi yang aku ciptakan.
Ku jurangkan satu-satu rasa asing itu, biar aku terus berlari dari nyata.
Dan terus terikat pada mimpi yang semakin menghantui rasa.

-Eyan, 2014-

Aku lena dalam dimensi mimpi- Aip

aku lena dalam dimensi mimpi...


"siulan siraja bunga

Bulan mulai ditindih awan yang gelap buat gelita
sinarannya dibatahi dan samar-samar tersinar keruangan bumi

Datang dua ekor naga badan sasa kulitnya perang menerang memasuki kota sunyi raja siulan bunga

Ada pendeta mampir menyembah kononnya naga sasa mewakili tuhan alam.
Ada rakyat marhaen yang meniarap rapi kononnya mereka merdeka
Ada bangsawan dan borjous yang duduk dikerusi emas dan menanti naga tiba dikota malang.

Raja siulan mampir keluar bersama bunga ros jingga dan dayang-dayang jelita
Daeng-daeng tegap memegang pedang
Uratnya seakan dawai tulangnya seakan besi

Berkata si raja
" mampirmu bukan untuk menimba malang pasti ada tujuannya.Ya kan?"

"Aku datang kerna dipanggil siulan darimu Raja yang kusembah"

Rakyat , pendeta dan bangsawan mulai panik.
"Siapa yang memanggil mu?" bangasawan menegas.

Sunyi. 
Kedengaran tiupan angin membelah ruang..

"Aku!" Raja bertitah

Wahai sinaga sasa hantarkan bunga ros jingga ini buat permaisuri beta yang berada disana.
Pesanku agar dia baik-baik segenap umurku 
aku datang bertamu dan menjadi sebahagian dari rakyat dialam sana

sunyi mulai bekam

Aku rindu pada permaisuriku
biarlah ia damai disana 

Aku saysng kamu permaisuriku.. "

Aku terjaga lalu menghembus nafas sedu..

Friday, 25 April 2014

By: BENDI

Jika kau mahu aku
Tunjukkan kemahuan mu
Jika kau ingin Ku
Tunjukkan keinginan mu
Dan jika kau benci aku
Aku izinkan kamu pergi

#JikaKau 

By: LENDI


Jika aku Jika kau
Segalanya nya jika
Pada bicara
Pada tingkah
Apa lagi jika mahu kau kata?
Andai hanya jika
Sampai bila?
Apa tak mahu keluar dari dimensi ini
Yang penuh angan dan mimpi tinggi


- lendi

By: Embun Karina


By: Gadis Jumaat


Jika Kau by Ali

Lemas dibawa arus bayang hitam
Pekik ramai di lorong kecil itu
Lorong yang entah dari kecil melahirkan aku
Menimbulkan seribu rasa dendam
Dendam pada mereka
Mereka yang meletakkan aku disini
Di sini yang memudarkan masa tua aku

Siang aku lena malam aku berhias
Menjadi hamba sekelompok manusia durjana
Tiba satu saat timbul rasa mahu pergi
Selangkah lautan ingin aku lari
Dari mimpi hitam ini

Aku cuma perlu dia
Dia yang bisa tunjuk aku ke nur terang

Jika kau yang sebetulnya sayang,
pimpin aku tolong,
Jika kau terlihat hitam dalam aku,
mekarkan putih tolong.

Jika aku [Farah]

Bangkai maruah bergelimpangan
Sisa harapan disampahkan
Sampai hatiku tertanya
Masih ada lagikah nilai
Yang digelar kemanusiaan
Di kiri bedusta di kanan mencela
Di depan berpura di belakang bersandiwara

Lalu aku berlari jauh ke dalam semak samun sendiri
Ku lihat harimau menerkam mangsanya
Ku dengar biri biri disambar dek helangnya.

Dan aku berjalan pula ke belantara
Ku lihat semak merimbun merata
Dihalangnya kulat daripada berleluasa
Ada juga pepohon yang besar dan tinggi
Menghalan yang dibawah di sebalik matahari

Kemudian aku merasa angin
Dia terbang ke sana ke mari
Memberi arah petunjuk
Mengawal hujan yang menitik
Pabila dia marah, semua dia herdik

Jika bongkak makhluk segala
Di manakah tempat mereka selayaknya
Selepas diciptakan oleh sang Maha Sempurna?

Jika Kau [Farah]


Guruh merotan langit
Gerimis memukul badai
Dilema merogol hati perit
Berdarah hati di sebalik teratai
Cela di muka jangan ditangisi
Celaka di badan jangan kau nafi
Hingga keyakinan terabai
Sampai tisu dan otot digadai
Hingga keaslian mati
Andai saja kau pernah tahu
Kalau saja engkau sedari dulu
Jika saja kau bisa ku bantu sepenuh dayaku
Pasti kau tak akan berakhir di jalan buntu
Kerana kau dan aku itu
--adalah satu.