Tuesday, 28 June 2016

#CikguSuraya Dateline 30 June


Projek buku De'Press Art pertama untuk tahun 2016 merupakan kompilasi cerpen bertajuk #CikguSuraya. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang karya untuk projek buku ini. Bagi yang berminat boleh menghantar karya anda ke DePressArt@gmail.com dan tarikh tutup adalah 30hb June 2016. 

Suntingan akan dilakukan dan De'Press Art akan menghubungi penulis jika karya mereka terpilih. 

Jadi adalah cerita Cikgu Suraya akan jadi lebih menarik jika ditulis oleh anda? 




#PasoBumbong2016


Sempena Ramadhan menjelang ke Syawal, Paso Bumbung datang lagi kepada anda khususnya warga Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun ke- 3 De'Press Art menyertai Paso Bumbong dengan harapan ia lebih meriah seperti tahun-tahun sebelumnya atau lebih lagi. 

Crowd di Johor Bahru tidak pernah menghampakan. Maka dengan itu, Panda pasti akan bertemu dengan ramai kawan-kawan di sana. 

Semperna dengan Paso Bumbong 2016 ini, De'Press Art memperkenalkan logo baru bagi Tahun 2016. 

 

Panda berharap, bertemu anda semua di #PasoBumbong2016 dan kita dapat bersama-sama menikmati persembahan dan juga bermain bunga api bersama-sama. 

Jumpa ada semua dia Rooftop Galeria Kotaraya, Johor Bahru 2 Julai 2016 dari pukul 3ptg hingga 12 malam. 

Thursday, 19 May 2016

Zine Review - Projek Zine Seni




Hi Kengkawan semua. Sudah lama rasanya Panda tidak update apa-apa di dalam blog ini untuk bacaan anda semua. Agak sibuk sedikit dengan pelbagai hal kehidupan dan juga terlibat dalam beberapa event menyebabkan Panda sukar untuk update blog ini. 

Even terbaru yang Panda ikuti adalah Johor Bahru Writers & Readers Festival 2016 bertempat di Medini Mall Iskandar Puteri, Johor Bahru. Panda mungkin akan berkongsi tentang even itu tetapi sebelum itu, Panda di undang untuk menyampaikan "Review" terhadap sebuah zine dari Arto Movement yang juga merupakan sebahagian dari Konsortium Kertas Lipat. 

Sewaktu JBWRF 2016, Panda ada membuat kelas tentang Zine dan cara-cara membuat Zine. Di dalamnya menghuraikan beberapa jenis zine yang ada dan menerangkan pada masyarakat tentang apa sebenarnya itu zine. Untuk "Projek Zine Seni issue pertama ini, boleh diklasifikasikan zine ini sebagai Zine Kompilasi dimana topiknya adalah Seni. 

Di dalam Zine ini terdapat beberapa artikal tentang pelbagai issue berbangkit berkaitan seni di Malaysia. 


Mengambil satu petikan di dalam zine ini yang bertajuk "Projek Zine Seni" 

Isu yang dibincangkan di dalam zine ini menarik untuk dibaca oleh penggemar seni yang mahu mengikuti perkembangan seni tanah air. Walaupun tidak lengkap kesemuanya dari segi "Seni" yang dibincangkan, namum Panda percaya, "Projek Zine Seni" ini akan mengupas pelbagai lagi aspek seni dalam issue-issue yang seterusnya. 

Mungkin Panda boleh menulis review yang lebih bagus setelah selesai membaca issue yang kedua. 
Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh bertanya terus di twitter @Artomovement


Panda akan cuba untuk update blog ini sekerap yang mungkin untuk memberi info kepada kawan-kawan semua. 

Salam Kasih Sayang,

Panda. 


Friday, 3 April 2015

Pre- Order buku puisi "cocktale"




Cocktale adalah sebuah buku puisi himpunan 8 lelaki mewakili kolektif
seni dan penerbitan indie di Malaysia. Antara kolektif dan penerbitan di dalam buku ini adalah De’Press Art , Asonansi Hati, La Lectrice, Inziks, Akta Klausa, Zine Satu Malam, Tanpa Nama, Kolektif Kayangan dan Keramat. 
Buku puisi ini menampilkan karya terbaik dari setiap wakil kolektif dan penerbitan indie. Barisan penulis adalah nama-nama yang cukup dikenali dan buku ini menyatukan mereka semua.

Barisan penulis:  Karl Agan ǀ Azhar Ibrahim ǀ Kerusi Sepi ǀ Api Husein ǀ  Shahirul Hamdi ǀ
                             Farel Flitzer ǀ Corbis Razak ǀ Petak Daud

Prakata: Riduan A.dullah

Buku ini berharga RM15 dan hanya boleh didapati pada event-event atau secara online. Postage RM5 dikenakan untuk kos penghantaran. Tiada GST dikenakan. 

Untuk Pre-Order boleh membuat tempahan di :

Depresszine@gmail.com atau whatsapp 010-2995308.

Sertakan Nama:
Alamat: 
No.Phone:  


Tuesday, 10 February 2015

Zine untuk tempahan!

Hi Kengkawan semua. Panda sediakan tumblr untuk kengkawan semua lihat dan baca “snipit” zine-zine keluaran DePressArt  dan AsonansiHati. 

Jika kengkawan berminat untuk membeli zine-zine yang ada di dalam page tumblr DePressArt ini, bolehlah berurusan terus dengan boss Panda

Contact : 

Phone: 010-2995308

Twitter : @FarelFlitzer


Tumblr ini akan di update dengan setiap terbitan terbaru dari De Press Art \

Harga zine : RM5 

Setiap pembelian RM20 ke atas- postage adalah percuma. 

Zine by Depressart & AsonansiHati

1)  Hashtag #Puisi140Abjad -         (Best Seller) Discontinued Publication

2)  Limitasi -                                     Discontinued Publication

3)  Serpihan Limitasi -                     AVAILABLE ( Hot In Demand )

4)  Kaca Mata Panda -                     AVAILABLE ( Best Seller )

5)  Perempuan Bi-Polar-                  AVAILABLE

6)  Neverland -                                 NEW 

7)  Ali.Barista.Kopi -                        AVAILABLE

8)  Kamar -                                       Discontinued Publication

9)  Meraki -                                      Discontinued Publication

10) Apatis -                                      NEW (Hot in Demand)

11) Irasuto -                                     NEW (Hot in Demand)

12 ) Kapal Terbang Kertas -           AVAILABLE (BEST SELLER)

13) Zine Tahi Bintang -                  AVAILABLE (BEST SELLER)

14) Bukan Bidadari -                      AVAILABLE

15) Kolaborasi Sang Amatur -       AVAILABLE


Berikut adalah senarai zine terbitan De Press Art & AsonansiHati. JIka ada yang berminat untuk mendapatkan zine-zine yang disenaraikan di atas bolehlah hubungi kami :-

Email : DePressZine@gmail.com

Twitter: @DePressArt @AsonansiHati

Contact: 010-2995308

*Harga setiap zine adalah RM 5

*Setiap pembelian zine RM 20 ke atas, postage adalah PERCUMA.

*Setiap pembelian zine RM 30 ke atas, akan mendapat DUA ZINE PERCUMA (Tambahan kepada pembelian yang sediada)

Sila lihat post-post terawal di tumblr yang mempunyai review dan preview zine. 

Sunday, 11 May 2014

Rindu : Aip


Burung-burung mulai meniduri anaknya,
Anjing-aniing mulai diam gonggong, 
Ada serigala yang mengaum diatas puncak berlatar purnama,
Kakek-kakek mulai lena terjerumus dalam dimensi mimpi zaman-zaman kemegahan seorang pemuda hebat.

Terduduk gigil jasad ini,
Menunggu haba menjemput menyelimutu jasa yang sedu.

Hati mulai berbicara,
eksperimental segala rasa,
menghujahkan segala rasa-rasa rindu pada hati seorang hawa.

Introduksi pada penceritaan rindu,
zarah-zarah darah mulai mengepam deras,
pemikiran terbang jauh digalaksi bima,
bercerita tentang firasat-firasat rindu pada gadis bermata bulat.

Ahh..
Maa,, abang rindu sama kamu..

Sepasang mulut mulai berbicara dari letusan jiwa dan mental yang membara rindu.

Diucapkan kedua kalinya,
" Maa, abang rindu "

Rindu pada wajahmu,
Rindu pada suaramu,
Rindu pada gerak lakumu,
Dan rindu panggilan manjamu, sayang.

Sepasang kunang-kunang melewat,
Berterbangan diatas malap gelap gelita.

Seirama ia kesana,
Seirama ia kemari,
Bermain-main berdansa polka.

Aku melihat penuh dalam,
Dalam dan dalam,
Sampaikan aku lihat wajahmu manisku diatas kepak sepasang kunang-kunang yang melewat diatas perbaringan sedu.

" Maa, abang rindu kamu "

Kunang-kunang hilang tanpa permisi.

Rindu ini mulai membara,
Aku lihat bintang-bintang mulai bersambungan bukan virgo terlihat,
Tapi wajahmu juga sayangku.

Ahh !
Aku sudah gila !
Gila pada kamu.

Gila cinta kamu !
Gila wajah kamu !
Gila bauan syurga darimu !

Ya !
Aku sudah gila !
Gila rindu sama kamu !

Bintang, malam dan kunang,
Dengar ini !
Aku rindu pada dia !
Rindu pada seorang hawa yang buat aku iseng pada semuanya !

Atas dasar apapun, manisku,
Aku tetap cinta kamu,
Aku tetap sayang kamu,
Dan rindu pada kamu...

Friday, 9 May 2014

Betina : Eyan

Betina;
Airmata-airmata yang kau jatuhkan penuh dusta semua.
Pada kelukaan yang kau gariskan dalam-dalam dihati bunda.
Terhirisnya siksa sehingga airmata berdarah bunda mengalir.
Betina;
Bila mungkin kau sadar bahwa semua kata amarah dilontarkan itu hanya kerna bunda sayang kau?
Kau buta!
Kau perempuan-perempuan yang tidak sadar bahwa hati bunda itu semakin hari semakin mati karna kasihnya kau pijak satu-satu.
Dan kau betina;
Suatu saat kau akan juga merasa menjadi sa-orang bunda.
-- yang bakal punyai anak seperti kamu.

Pangamen Jogja : Aip

Ada pengamen dikota jogja,
Sepi,
Sunyi,
Kota yang damai lagi dingin,
Ada lalat-lalat melewat usik,
Ada makhluk bertatah nanah menyelinap hinggap di dingin-dingin lorongan lopong,

Kesian pengamen cinta hati suci murni,
gemalai rasa memberontak sepi,
bertanya ia sama sepi,
"Apa masih ada ruangan untuk hati ini?"

Suci tapi dikosongi dengan suara-suara jelek.

Pelangi Hati : Maya


Petang itu aku perhati,
Pelangi menari di kaki langit,
Warna terang penceria hati,curi mata buat aku termangu,lama.

Mana mula pelangi tiba?
Di hujung sana mulanya kelopak air atau sebatang sungai deras mengalir?
Tiada siapa tahu cuma mungkin Tuhan kerna dia yang cipta.

Begitu juga rasa,
Yang aku tidak tahu dari mana,
Dan bagaimana bisa tercipta,
Cuba bayang kalau aku tahu rasa itu mahu hadir bila,
Pada siapa,
Bagaimana cara,
Lama aku tutup segala punca rasa,
Biar tiada wujud pelangi cinta,
Yang samar saja warnanya.

Jika mahu pelangi indah berseri,
Biar di penghujung punya air terjun tinggi,
Percikan air kuat buat warna makin terang,indah mata memandang.
Jika mahu menyinta,carilah hati yang sudi,
Sambung dua tali rasa,
Yang tidak putus pada tegang dek panas mentari,
Atau kendur kerna badai besar bergelora.