Wednesday 12 December 2018

#LuaskanKataMu - After Iskarnival

Iskandar Puteri - Iskarnival 2018 telah pun berlangsung pada 8 & 9hb Disember 2018 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Pelbagai program dan pengisian telah disediakan untuk memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat setempat. #LuaskanKataMu adalah hashtag kepada pengisian sastra yang merupakan salah satu komponen pengisian karnival pada tahun ini. 

Diilhamkan oleh Poets Passport My dengan kerjasama Makhluk Seni, JB Poets Society dan De'Press Art. Pelbagai pengisian yang melibatkan kesastraan dibuat untuk meraikan kesasteraan Johor khususnya. #SuaraHati , #Baloh , #Tulis , #Baca dan #SouthPoint. 

#SuaraHati - adalah sebuah bengkel pengenalan kepada seni persembahan puisi, Bengkel percuma ini adalah untuk mengajar asas persembahan dan perkongsian ilmu untuk berada di atas pentas. 



#Baloh - adalah suatu acara fusion yang mengabungkan konsep debat dan teknik puisi yang mewujudkan keunikan dalam penyampaian idea-idea baru kepada masyarakat. 


Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara #Baloh menyampaikan puisi kritis mereka pada acara tersebut, 

Pemenang acara #Baloh Hannan Kamaruddin

Tulis - adalah suatu peraduan penulisan mandiri yang mempertandingkan tiga kategori iaitu cerpen, certot dan puisi. Sepanjang 17 hari waktu pertandingan (20hb Nov - 7hb Dis) kami telah menerima 170 penyertaan (19 Cerpen, 14 Certot, 137 Puisi & 4 Manuskrip)

Pemenang bagi acara tulis telahpun diumumkan sewaktu acara #Baca pada 9hb Disember bertempat di Harbour Stage, Iskarnival 2018. 



Senarai pemenang bagi setiap katagori: - 




Penyampaian hadiah wang tunai kepada para pemenang pertandingan Tulis mengikut katagori masing-masing. 

Untuk kesinambungan pada acara ini, karya pemenang setiap katagori dan juga pemenang anugerah khas juri akan diterbitkan di dalam sebuah zine bertajuk #LuaskanKataMu 

Zine itu nanti akan dilancarkan pada suatu acara lain pada awal tahun hadapan. 


#Baca - adalah kesinambungan kepada #Tulis. Para pemenang acara tulis diberikan peluang untuk membacakan karya mereka kepada khalayak umum. 



#SouthPoint adalah acara bacaan puisi yang menggabungkan pemuisi dari Kuala Lumpur dan juga Johor Bahru. 
























Wednesday 21 November 2018

Luaskan Kata Mu - #Tulis #Baca




Sempena Iskarnival 2018, satu peraduan penulisan mandiri akan dianjurkan dengan usahasama Poet Passport MY, JB Poet Society dan De'Press Art.
#TULIS merupakan pertandingan penulisan mandiri (Indie) yang berlangsung dari 20hb November hingga 7 Disember 2018.

Kategori yang dipertandingkan adalah:

Puisi
Cerpen (2500 - 5000 patah perkataan)
Certot ( 200 - 500 patah perkataan )

2 pemenang dari setiap kategori akan dipilih dan bakal memenangi hadiah wang tunai

Karyawan mestilah dari Johor atau yang menetap di Johor kerana pemenang akan diumumkan sempena acara #Baca pada 9 Disember 2018 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Selain dari hadiah wang tunai, karya pemenang juga akan diabadikan di dalam sebuah zine yang akan diterbitkan oleh De'Press Art.

Untuk yang ingin menghantar karya-karya anda,
anda boleh emailkan butiran berikut

Tajuk karya:
Nama:
Nombor Phone:

Karya Cerpen/ Puisi /Certot anda ke alamat email poetspassport.my@gmail.com

*Perhatian
1) Tema adalah bebas
2) Tiada limitasi untuk jumlah karya, anda boleh kirimkan seberapa banyak karya yang anda mahu
3) Mestilah menggunakan ejaan perkataan penuh seperti di dalam kamus dewan bahasa. Singkatan tidak dibenarkan.
4) Karya di dalam bahasa Melayu & Inggeris sahaja
5) Tiada yuran penyertaan


**********************************************************************************************************************
In conjunction with Iskarnival 2018, Poets Passport MY, JB Poet Society and De’Press Art
Will organize an independent writing contest.
#TULIS- Is an independent writing contest consist of 3 categories that will be held starting from
20th November 2018 – 7th December 2018.
The categories are:
i) Poetry
ii) Short Stories ( 2500 – 5000 words )
iii) Certot ( 200 – 500 words )

2 winners of each categories will be chosen and stand a chance to win cash prize.

Contestant must be from Johor or currently residing in Johor. This is due to the winners will be announce
During another event #BACA on 9th December 2018 at Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Aside from cash prize, the winner’s writings will be featured in a special zine that will be publish by De’Press Art. 

This is open to everyone of all races, genders and age. Those who are interested can send their writings
With below details

Poetry / Short Stories / Certot Tittle:
Name:
Phone no. :
Send your writings to  PoetsPassport.my@gmail.com

**PLEASE TAKE NOTE
1) There’s no special theme for your writings
2) There’s no limit to the number of writings and categories that you want to enter. You can send as many as you want.
3) Your writings must be in full words as stated in Kamus Dewan Bahasa. No short form is allowed.
4) All writings are in Bahasa Melayu and English only
5) There is no entry fee


#LuaskanKataMu
#Iskarnival2018
#Tulis
#Baca
#Cerpen
#Puisi
#Certot