Wednesday 12 December 2018

#LuaskanKataMu - After Iskarnival

Iskandar Puteri - Iskarnival 2018 telah pun berlangsung pada 8 & 9hb Disember 2018 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Pelbagai program dan pengisian telah disediakan untuk memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat setempat. #LuaskanKataMu adalah hashtag kepada pengisian sastra yang merupakan salah satu komponen pengisian karnival pada tahun ini. 

Diilhamkan oleh Poets Passport My dengan kerjasama Makhluk Seni, JB Poets Society dan De'Press Art. Pelbagai pengisian yang melibatkan kesastraan dibuat untuk meraikan kesasteraan Johor khususnya. #SuaraHati , #Baloh , #Tulis , #Baca dan #SouthPoint. 

#SuaraHati - adalah sebuah bengkel pengenalan kepada seni persembahan puisi, Bengkel percuma ini adalah untuk mengajar asas persembahan dan perkongsian ilmu untuk berada di atas pentas. 



#Baloh - adalah suatu acara fusion yang mengabungkan konsep debat dan teknik puisi yang mewujudkan keunikan dalam penyampaian idea-idea baru kepada masyarakat. 


Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara #Baloh menyampaikan puisi kritis mereka pada acara tersebut, 

Pemenang acara #Baloh Hannan Kamaruddin

Tulis - adalah suatu peraduan penulisan mandiri yang mempertandingkan tiga kategori iaitu cerpen, certot dan puisi. Sepanjang 17 hari waktu pertandingan (20hb Nov - 7hb Dis) kami telah menerima 170 penyertaan (19 Cerpen, 14 Certot, 137 Puisi & 4 Manuskrip)

Pemenang bagi acara tulis telahpun diumumkan sewaktu acara #Baca pada 9hb Disember bertempat di Harbour Stage, Iskarnival 2018. 



Senarai pemenang bagi setiap katagori: - 




Penyampaian hadiah wang tunai kepada para pemenang pertandingan Tulis mengikut katagori masing-masing. 

Untuk kesinambungan pada acara ini, karya pemenang setiap katagori dan juga pemenang anugerah khas juri akan diterbitkan di dalam sebuah zine bertajuk #LuaskanKataMu 

Zine itu nanti akan dilancarkan pada suatu acara lain pada awal tahun hadapan. 


#Baca - adalah kesinambungan kepada #Tulis. Para pemenang acara tulis diberikan peluang untuk membacakan karya mereka kepada khalayak umum. 



#SouthPoint adalah acara bacaan puisi yang menggabungkan pemuisi dari Kuala Lumpur dan juga Johor Bahru.