Tuesday 30 October 2018

#Solusi



#Solusi adalah acara yang diilhamkan oleh Saudara Asyraf Amirul Muhammad yang merupakan salah seorang pengasas Red Ink Studio di Pontian. Selepas penutupan Red Ink, beliau kini kembali dengan membuka Rumah Kayu Studio di Kampung Jawa Ulu, Ayer Baloi, Pontian Johor. 

De'Press Art sangat berbesar hati apabila dijemput untuk bersama-sama mengelolakan acara yang julung kali dianjurkan di Rumah Kayu Studio. Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang acara, saya terlebih dahulu ingin menceritakan sedikit tentang Rumah Kayu Studio. 


Rumah Kayu Studio mula beroperasi pada March 2018. Studio ini terletak di tingkat 1 Warong Wak Ajis Bakso, Kampung Jawa Ulu, Ayer Baloi, Pontian Johor. Apa yang menarik dengan tempat ini? tentulah Bakso Wak Ajis yang memang sedap dan kene pula dengan kopi kapal api yang panas. Pasti akan buat sesiapa saja ingin untuk datang lagi. 

Anda tak minat Bakso? Tak menjadi masalah. Warong Wak Ajis pun ada sediakan masakan panas seperti Mee Goreng, Maggi Goreng, Nasi Goreng dan Nasi Lemak. Ice Blended pun ada. Menu ala-ala Cafe hipster yang korang biasa pergi tu tapi dengan suasana kampung yang authentic. 

Bersebelahan dengan Warong Wak Ajis pula ada kedai runcit, maka tidak perlu risau jika kehabisan stock ubat nyamuk bagi penggemar-penggemar pembakar ubat nyamuk ( Jika anda faham maksud saya). Di tepi kedai runcit ini adalah tangga laluan untuk ke Rumah Kayu Studio. 

Rumah Kayu Studio ini mengamalkan konsep "Luar Setinggan, Dalam Kondo" kerana tanggapan mereka yang melihat dari luar tidak akan menjangkakan keadaan di dalam studio yang serba serbi lengkap dan lebih advance dari sesetengah studio di pekan dan bandar. 

Ruang Utama Studio yang dilengkapi kipas dan penghawa dingin

XBOX 360 
Ada kopi, air mineral dan maggi buat mereka yang menunggu 

Keluarga yang datang untuk beriadah di Rumah Kayu Studio. 

Ini bukan scene dari cerita Rock Bro


Pengunjung yang hadir untuk barkaraoke 



Rumah Kayu Studio dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah : 

Jamming Studio

1 hour • RM25 per hour + RM2 Drum stick rental

Karaoke

1 hour • RM12 per hour

XBOX 360

1 hour • RM5 per hour

P.A system rental

1 hour • Price varies 


Ruang yang sangat selesa untuk kawan-kawan dan juga keluarga beriadah dan berhibur selain tempat untuk pengiat seni beraktiviti. 


#Solusi adalah acara seni yang bakal dianjurkan pada 4hb November 2018 bemula pada jam 3 petang hingga 11.30mlm. 

Antara pengisian program ini: 

Akustik
Tayangan Filem Pendek
Sembang Seni
Cerita Cerpen & Puisi 
Jamming Session 
Pameran Lukisan

Pengunjung bakal menyaksikan lukisan langsung oleh saudara Akeem, seorang pelukis mural terkenal Johor di mana lukisannya dapat dilihat di sekitar negeri Johor. 

Saudara Akeem yang juga dari Kumpulan Redemption Army akan membuat persembahan akustik secara solo. Antara bakat tempatan lain yang bakal membuat persembahan solo adalah Danial dari kumpulan The Humming Birds dan Angah dari kumpulan Seakan Bintang. Kita juga bakal menampilkan Ahmad Pintu, Frugal, Classmates serta band Senja dari Pontian.

Jamming Session oleh dua band iaitu Construction 4 Distruction dan Muddle juga turut berlangsung dan akan di rakam. 

Sembang seni adalah pengisian utama untuk acara ini yang bakal membincangkan dua isu iaitu 
"Apa itu budaya" & "Dilema Pengiat Seni" yang juga akan dirakam dan di muat naik ke dalam youtube. Perbincangan ini yang dianggap penting untuk pembangunan dan kelangsungan karya dan pengiat seni kerana perbincangan ini lebih kepada perkongsian ilmu dan pertukaran buah fikiran dan pandangan di kalangan pengiat seni dan masyarakat. 

Pameran lukisan oleh pelukis pelukis dari Johor dan luar Johor bakal dipamerkan kepada pengunjung. Antaranya lukisan dari Encik Fakhrul Zaman yang merupakan pengasas Hujung Tanah Art Residency dan Puan Renee Moi yang merupakan pemilik Latar Seri Pulai. 

Selain itu, kita juga akan tampilkan pemuisi dari Pontian iaitu Fath Fatish dan Azrul Perry yang juga merupakan alhi JB Poet Society. 

Akhir sekali kami akan adakan tayangan filem pendek bertajuk Cherating Syndrome yang merupakan hasil karya projek akhir pelajar MMU Educity, Iskandar Puteri. 


Anda semua di jemput hadir untuk sama-sama mendapat manfaat dari acara kecil ini. 




Jadual Aturcara



Wednesday 24 October 2018

Script Play "Orang Tue Kucindan Dalam Gue"

Sebahagian penonton dan pelakon script play Orang Tue Kucindan Dalam Gue


13 Oktober 2018 telah pun berlangsung kelas persediaan pelakon teater di VT Space kendalian saudara Azmi Bahron. Kelas ini disertai oleh 10 orang peserta. Kelas yang sepatutnya bermula jam 12 tengahari tertangguh hingga jam 2.30 petang kerana ada dikalangan peserta terpaksa menyelesaikan urusan peribadi terlebih dahulu. 

Menariknya kelas yang dikendalikan oleh saudara Azmi Bahron ini, tiada seorang pun peserta yang tahu bahawa mereka akan terlibat dengan Script play Orang Tue Kucindan Dalam Gue pada belah malamnya. 









Senaman regangan otot sebelum memulakan persembahan





Peserta cuba diberi pendedahan express tentang persembahan seni teater dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang sebelum mereka berhenti rehat dan membuat persediaan untuk persembahan pada belah malam. Oleh kerana persembahan yang dibuat agak mengejut dan juga publisiti yang last minute. Kami tidak menjangkakan jumlah penonton yang ramai walaupun ianya tidak berbayar. Akan tetapi Alhamdulilah lebih dari 20 orang datang untuk menyaksikan script play ini. 




Interaksi bersama-sama penonton yang hadir setelah selesai persembahan. 

Persediaan terakhir para pelakon sebelum bermulanya persembahan

Antara penonton yang hadir 




Wednesday 10 October 2018

Orang Tue Kucindan Dalam Gue.

Jom saksikan Script play Orang Tue Kucindan Dalam Gue di VT Space pada 13hb Oktober 2018. 

Script yang di tulis oleh Nur Rahman ini akan di arahkan oleh Azmi Bahron. Ianya merupakan suatu teater interaktif bersama penonton yang bakal membawakan satu pengalaman baru buat para hadirin dan penggemar teater. 

Jom datang beramai-ramai ke VT Space di No. 9 Jalan Gangsa 1, Taman Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru pada jam 8 malam. 

Masuk adalah percuma.  

#PestaBawahLangit Post Event

#PestaBawahLangit telahpun berlangsung pada 6hb Oktober 2018 bertempat di JOHO HQ Stulang Laut. Acara yang bermula dari jam 3 petang hingga 12 malam ini dirahmati oleh hujan lebat. Namun begitu para hadirin tetap menunggu hujan reda untuk bersama-sama dalam meraikan pesta di bawah langit ini. 

Acara ini yang di anjurkan Orbit Bunyi dengan kerjasama De'Press Art, JOHO dan NRB Creative ini bertujuan untuk mempromosikan product perniagaan tempatan, musik dan bakat tempatan pada khalayak umum. 

Berikut adalah wajah-wajah di #PestaBawahLangit.