Tuesday 19 December 2017

2018 Harbour Countdown



2018 Harbour Countdown merupakan event festival pertama buat De'Press Art. Kami ingin berterima kasih kepada Johor Bahru Food Truck Association dan UEM Sunrise kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengelolakan persembahan sempena #2018HarbourCountdown di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. 

Karnival ini padat di isikan dengan pelbagai program menarik buat pengunjung setiap lapisan masyarakat. 2018 Harbour Countdownakan berlangsung pada 30 & 31hb December 2017 sebagai acara ambang tahun baru 2018. Acara-acara yang turut berlangsung pada karnival ini adalah : - 

Food Truck Fest
Bundle Fashion Market
Green Market
Petting Zoo
Heritage Food Trail
Concert/Performance
Skateboard Competition 

Pada malam 31hb December 2017. Para pengunjung bakal dihiburkan dengan pertunjukkan bunga api dari Puteri Harbour. 

Antara artist yang akan membuat persembahan pada acara tersebut adalah : - 

MASDO
The Pinholes
Terang Bulan
Keroncong Orkes Arif Lukisan
Couple
Budak Nakal Hujung Simpang
South and The Low Lands 

Datanglah beramai-ramai ke Puteri Harbour pada 30 & 31hb December 2017 dan bersantai di Puteri Harbour. 


















Friday 8 December 2017

#PestaSore


#PestaSore edisi yang pertama telah pun dilangsungkan di Taman Tasek Merdeka, Johor Bahru pada 25 November yang lalu. Jika sebelum ini, De'Press Art ada menganjurkan #KampungCup dengan beberapa permainan tradisional. Pesta Sore adalah acara yang memperkenalkan lebih banyak permainan tradisional pada skala yang lebih besar. 

Pesta Sore in adalah idea dari #Kolektivis yang tidak mahu permainan dan tradisi yang menjadi budaya masyarakat dulu terus ditelan zaman dengan kemodenan teknologi terkini. 

Acara yang berlangsung dari jam dua petang hingga jam 7 malam ini menampilkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang hadir di Taman Tasek Merdeka. Antara permainan yang dimainkan pada acara tersebut adalah permainan baling selipar, tarik upih, sepak yem, galah panjang, ceper, batu seremban, dam haji, zero point, congkak, guli dan bermacam macam lagi. 

Permainan galah panjang



Permainan Baling selipar 










Selain dari permainan tradisional, para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah yang diberikan secara percuma. Antara makanan yang disediakan, Pulut Panggang, Cengkodok, Ubi Rebus, Roti Jala, serta pelbagai lagi jenis kuih muih.