Sunday 20 August 2017

#IndependentArtMarket3 - Laman Kreatif Kluang



Selepas kejayaan Independent & Art Market 1 & 2, De'Press Art bergerak ke Kluang untuk menganjurkan acara yang ke-3 pada 16hb September 2017 sempena Hari Malaysia. Sebab utama kami memilih Laman Kreatif Kluang sebagai venue adalah kerana ia merupakan mercu dan symbol kebangkitan seni dan budaya di Kluang yang juga selaras dengan misi kami untuk menjadikan negeri Johor sebagai HAB seni dan budaya. 

Keunikan Kluang yang sebelum ini terkenal dengan kopinya kini ditambah dengan kewujudan Laman Kreatif Kluang yang juga telah memenagi anugerah Gold Winner Award. 
NASIR MD. ALI(dua dari kanan) bersama kakitangan MPK selepas menerima anugerah Gold Winner Award daripada International Green Apple Award di London, Britain, baru-baru ini. - Gambar Utusan Melayu 15 June 2017


Selaras dengan itu, Independent & Art Market yang bakal dianjurkan nanti akan mengumpulkan karyawan seni dari pelbagai genre untuk duduk dibawah satu bumbung dan memperkenalkan karya mereka kepada masyarakat umum.  

Antara pengisian yang bakal diadakan adalah Art Exibition dari pelukis-pelukis baru dan lama, persembahan akustik dan bacaan puisi, forum art talk, shortfilm screening dan bermacam-macam lagi. Datang bersama-sama dengan keluarga untuk sama-sama bersantai dan menikmati dan meraikan seni dan budaya.  













Tuesday 15 August 2017

#KunangKunangIV - After Event

Kunang Kunang IV telahpun berlangsung pada 12 Ogos 2017 di Lata Seri Pulai, Pekan Nenas Pontian. Acara seni tahunan yang dianjurkan kali ini menambah pembaharuan dengan mengadakan demonstrasi seni iaitu "Teknik Lukisan Water Color" dari Encik Hariri dan deklamasi sajak serta puisi. 

Acara "Kunang kunang" ini sentiasa mahu membawa kelainan pada setiap edisinya bagi mengekalkan tarikan pengunjung untuk menantikan sesuatu yang baru setiap tahun. 





Pameran lukisan dari Jaie Ramlee , Razali Bachok dan Finn Annuar 


Demonstasi teknik mewarna menggunakan warna air dari Encik Hariri
Demonstrasi seni mewarna menggunakan warna air berjaya menarik minat pengunjung yang hadir. Ramai pelajar tingkatan 6 yang hadir untuk sesi ini dan mempelajari teknik teknik yang betul dari seorang pelukis yang berpengalaman. Kunang Kunang mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat umum terutamanya belia dan bukan sekadar acara berbentuk hiburan semata-mata dengan harapan masyarakat akan lebih menghargai seni itu sendiri. 









Kunang Kunang IV adalah pentas pertama buat Azrul Perry membaca puisi. 













Setelah memulakan acara pembacaan puisi pada Independent & Art Market #2 dan seterusnya #PoetryPalooza. De'Press Art dijemput untuk sama-sama mengatur acara #KunangKunangIV.
Acara ini juga menjadi pentas pertama buat dua orang pemuisi iaitu Faiq Rahman dan Azrol Perry. Jika pada dua acara sebelum ini mereka hanyalah penonton. Kali ini, mereka di atas pentas untuk menyampaikan puisi puisi mereka. Perkembangan yang sangat baik dan inilah yang diharapkan oleh De'Press Art agar sentiasa mempunyai bakat-bakat baru untuk di ketengahkan pada setiap platform yang diberi.

De'Press Art tidak hanya tertumpu pada bakat dalam puisi sahaja malah segala jenis seni yang ada. Kami mengalu-alukan bakat baru dalam setiap cabang seni sama ada musik, penulisan, lukisan, ukiran dan macam-macam lagi untuk kami sediakan platform agar seni mereka berkembang.

De'Press Art mensasarkan golongan belia khususnya dari negeri Johor untuk bersama-sama memilih seni sebagai aktiviti sampingan malahan jika mampu menjadi aktiviti pilihan utama golongan ini.


Syahir Bohari 

Ahmad Pintu

Farahaneem

Mumtazul Ilyani

Riki Maulana

Farel Omar & Faliant Ferdiant

Angah - Seakan Bintang

Akeem Nakal 

Crew De'Press Art bersama-sama dengan karyawan karyawan yang terlibat untuk #KunangKunangIV





Wednesday 2 August 2017

#KunangKunangIV - Lata Seri Pulai



Lata Seri Pulai dengan kerjasama De'Press Art akan membawakan kepada anda #KunangKunangIV pada 12 Ogos 2017. 

Acara tahunan yang dianjurkan Lata Seri Pulai ini sudah pun masuk pada siri ke 4. Dan edisi kali ini akan membawakan kelainan. 

Lata Seri Pulai Resort yang beralamat di  4 1.Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 2, 81500 Pekan Nanas, Johor, Malaysia ini menyediakan prasarana berkonsepkan Melayu tradisional bagi mereka yang gemar tinggal suasana seperti kampung.












Acara #KunangKunangIV akan bermula seawal jam 11 pagi hingga 12 malam. Pelbagai acara dan pengisian yang disediakan buat pengunjung yang hadir.  Antaranya Demonstrasi Seni, Pameran hasil seni, Tayangan filem pendek, Bacaan puisi, persembahan akustik dan macam-macam lagi. 

Bagi yang berminat untuk bermalam di Lata Seri Pulai Resort ini boleh hubungi no. +60 19-328 2881 untuk membuat tempahan. 





Bacaan Puisi: 

Riki Maulana
Manusia Durjana
Azrul Perry
Farel Omar & Faliant
Faiq Rahman
Lisa Ali
Mumtazul Ilyani
Farahaneem


Tandakan kalender anda untuk hadir ke acara #KunangKunangIV

Acara: Kunang Kunang IV
Tempat: Lata Seri Pulai, Pekan Nenas
Masa: 11 pagi - 12 malam
Tarikh : 12 Ogos 2017