Sunday 1 October 2017

#KampungCup



Kampung Cup adalah acara yang menjalankan pelbagai aktiviti permainan tradisional masyarakat Malaysia yang kini kian dilupakan. Permainan tradisonal masyarakat kita ini semakin hari semakin lupus kerana telah digantikan dengan gadget-gadget baru yang saban tahun berubah hasil dari inovasi manusia yang selaras dengan peredaran zaman. 

Bukanlah untuk menidakkan kemajuan dan peredaran zaman. Tetapi acara ini adalah sebahagian usaha untuk mengekalkan permainan tradisi dan budaya masyarakat kita. 

Johor International Youth HAB menganjurkan #KampungCup pada 30hb September 2017 sebagai sebahagian usaha untuk mengumpulkan golongan belia dan mengajar dan mendidik mereka tentang permainan warisan yang pernah popular dikalangan belia suatu masa dahulu. Aktiviti sebegini lebih praktikal untuk memupuk sifat kerjasama, bantu membantu dan cara berinteraksi sesama sendiri. Sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan kebanyakan permainan gadget sekarang. 

Seramai 20 orang telah datang dan menyertai Kampung Cup dan mengambil bahagian dalam dua liga berbeza. Edisi Kampung Cup kali ini menampilkan Liga Ceper ( Penutup Botol ) dan Liga Batu Seremban. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dua individu dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir untuk berentap sesama sendiri bagi memastikan kejuaraan. 

Acara seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan acara yang dipertandingkan juga akan berbeza-beza sebelum nanti adanya sebuah pesta perminan tradisional. 





Pembahagian kumpulan mengikut acara yang dipertandingkan. 






Peserta Liga Ceper 

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Liga Ceper & Liga Batu Serembam. 

Peserta Liga Batu Seremban



No comments:

Post a Comment