Friday 8 December 2017

#PestaSore


#PestaSore edisi yang pertama telah pun dilangsungkan di Taman Tasek Merdeka, Johor Bahru pada 25 November yang lalu. Jika sebelum ini, De'Press Art ada menganjurkan #KampungCup dengan beberapa permainan tradisional. Pesta Sore adalah acara yang memperkenalkan lebih banyak permainan tradisional pada skala yang lebih besar. 

Pesta Sore in adalah idea dari #Kolektivis yang tidak mahu permainan dan tradisi yang menjadi budaya masyarakat dulu terus ditelan zaman dengan kemodenan teknologi terkini. 

Acara yang berlangsung dari jam dua petang hingga jam 7 malam ini menampilkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang hadir di Taman Tasek Merdeka. Antara permainan yang dimainkan pada acara tersebut adalah permainan baling selipar, tarik upih, sepak yem, galah panjang, ceper, batu seremban, dam haji, zero point, congkak, guli dan bermacam macam lagi. 

Permainan galah panjang



Permainan Baling selipar 










Selain dari permainan tradisional, para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah yang diberikan secara percuma. Antara makanan yang disediakan, Pulut Panggang, Cengkodok, Ubi Rebus, Roti Jala, serta pelbagai lagi jenis kuih muih. 







No comments:

Post a Comment