Sunday 15 April 2018

ZINE : CIKGU SURAYA - KOLEKSI KISAH IMAGINASI



Projek buku ini telah tertangguh sejak sekian lama kerana masalah tempat printing yang sesuai. Oleh yang demikian, setelah di nilai semula. Karya di dalam buku ini harus diterbitkan juga. De'Press Art akan memilih beberapa cerita dan akan printkan di dalam bentuk zine. Mungkin jugak akan dibahagikan kepada dua bahagian. 

Paling awal akan diterbitkan pada bulan May 2018 atau selewat-lewatnya pada July 2018. 
Nantikan pengumumannya. 


Semua 18 orang di dalam rekod kami yang telah buat pra pesan buku Cikgu Suraya telahpun kami kembalikan wangnya. Jika ada antara anda yang ada membuat pra pesan dan masih wang tidak dikembalikan. Boleh email kepada kami butiran anda untuk semakkan. 

Kerana projek ini tertangguh terlalu lama. Ke semua 18 orang yang telah membuat pra pesan buku ini akan mendapatkan naskah zine Cikgu Suraya secara percuma. Kami akan postkan pada alamat di dalam butiran yang diberikan dahulu. Terima kasih.  

No comments:

Post a Comment