Friday 9 November 2018

#Solusi Post Event



Acara #Solusi telahpun berlangsung dengan jayanya di Rumah Kayu Studio pada 4hb November 2018. Acara yang pertama anjuran Rumah Kayu Studio dengan kerjasama Pontian Greng Greng Geng, Hujung Tanah Art Residency, KAPINTU dan De'Press Art ini berjaya menarik minat penduduk setempat terhadap acara kesenian alternatif selain dari seni warisan. 

Tujuan acara ini dibuat adalah untuk memperkenalkan seni alternatif dan juga medan perbincangan terhadap isu-isu berbangkit dikalangan pengiat seni. Selain itu juga, dengan adanya acara seperti ini dapat mencungkil atau mengeluarkan bakat-bakat sekitar daerah Pontian. 

Pengisian acara #Solusi adalah gabungan dari cabang-cabang seni yang berlainan. Untuk edisi yang pertama ini, #Solusi mengabungkan Seni Visual, Seni Musik, Sastera dan Filem. Antara pengisiannya adalah tayangan filem pendek, sembang seni, pameran lukisan, lukisan langsung, musik akustik, cerita cerpen dan juga puisi. 

Foto oleh Anderz Mustakim

Foto oleh Anderz Mustakim


Sembang seni dilihat sebagai antara pengisian penting dalam acara ini kerana ia adalah sesi dialog dan perbincangan yang membincangkan isu-isu di dalam golongan pengiat seni itu sendiri. Pada edisi pertama, isu-isu yang dibincangkan adalah "Apa Itu Budaya" dan "Dilema Pengiat Seni". Dalam tajuk Dilema Pengiat Seni, ada membincangkan tentang Disiplin dan juga Bayaran pengiat seni. Video rakaman sembang seni ini akan dimuat naik ke dalam youtube di dalam channel Kapintu Kolektif.  


Antara pengunjung dan pengiat seni yang sudi merakam gambar kenangan bersama-sama


#Solusi cuba untuk menjadi sumber inspirasi kepada pengiat seni di Pontian untuk tampil mempersembahkan hasil karya mereka kepada umum. Salah sorang pelukis yang menyumbang karya untuk pameran lukisan adalah anak Pontian yang juga pengasas kepada Hujung Tanah Art Residency, Encik Fakhrul Zaman. Acara ini juga penampilkan karya lukisan oleh Renee Moi (Pemilik Latar Sri Pulai Resort) dan juga Akeem yang terkenal dengan lukisan mural dan musiknya. Acara ini juga ada menampilkan karya dari luar iaitu dari Mayang Azlan dari Project Jahat yang bermarkas di Kuala Lumpur. 

Akeem memperbetulkan karya beliau 

Antara lukisan dari Renee Mou, Fakhrul Zaman & Mayang Azlan

Sebahagian karya-karya seni untuk pameran lukisan







 
Antara momen-momen sewaktu acara #Solusi berlangsung. 












Antara yang mencuri tumpuan pada acara ini adalah lukisan langsung oleh saudara Akeem yang membuat mural untuk Wak Ajis Corner dan Rumah Kayu Studio. Rata-rata pengunjung teruja dan kagum dengan kebolehan Akeem dalam melukis mengunakan tin spray tanpa perlu melakar telebuh dahulu apa yang perlu dilukisnya. 



Rumah Kayu Studio bakal menganjurkan pelbagai lagi aktiviti kesenian pada masa hadapan dan diharapkan anda semua terus menyokong aktiviti-aktiviti seperti ini. 



Farel Omar (De'Press Art) & Asyraf Amirul Muhammad (Rumah Kayu Studio) 


No comments:

Post a Comment