Tuesday 3 September 2019

Gema Malam


Gema Malam adalah acara ambang merdeka bagi menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 62. 

Inisiatif meraikan sastera warisan ini adalah dari Produksi Teater Mengarut dan Think City dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta De'Press Art ( JB Poet Society ). Objektifnya adalah menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dikalangan masyarakat dengan pendekataan sastera warisan. 

Hadirin dihiburkan dengan persembahan pra tonton Syair Puteri Jauhar , bacaan puisi, syair, gurindam, nyanyian akustik dan pelbagai lagi. 

Selain penghayatan kemerdekaan, objektif acara ini adalah untuk mengabungkan dua generasi pemuisi muda dan yang berpengalaman untuk saling mempelajari antara satu sama lain agar warisan ini tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 

Kami juga berbesar hati dengan kesudian Persatuan Penulis Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor yang menghantar wakilnya untuk bersama-sama meraikan acara ini. 

   
Terima kasih kepada Think City selaku penganjur acara dan wakilnya Cik Faezah Ayub. 
Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan terutama Pengarahnya Puan Norhafizah Bin Mohd Husin yang sudi hadir dari mula hingga akhir acara. Serta wakil dari JKKN negeri Johor, Tuan Yusof Mohd Ali dan kesudian beliau untuk menyampaikan dua buah puisi.
 
Terima kasih buat juga buat penyajak, pemuisi, penyair, penyanyi dan pengiat teater dari Persatuan Penulis Johor, Produksi Teater mengarut serta Dari JB Poets Society 
Salam ukhwah dari kami, salam Hari merdeka


Sekitar acara Gema Malam 




































No comments:

Post a Comment